Adun Salor, Datuk Husam Musa membidas apa yang disifatkannya sebagai kelemahan kerajaan PAS Kelantan.
Kritikan bekas EXCO kanan negeri itu terarah kepada amalan Pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd AKSB, yang didakwa boleh menyebabkan kerajaan pas lumpuh dan tidak bertahan lama.
Perkara itu dibangkitkan beliau pada Sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2014.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri perlu membuat audit menyeluruh terhadap AKSB dibantu kerajaan pusat supaya selari dengan kehendak Suruhanjaya Perbadanan Air Negara.
Beliau turut menegur pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang disifatkan mempunyai unsur penyelewengan, cuai dan mempunyai banyak kerenah sehingga cadangan membangunkan sebuah lombong bijih besi dua tahun lalu tidak dapat dilaksanakan.