Pengerusi DAP Melaka Letak Jawatan - pakdin.my

Goh Leong San

Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Duyong, hari ini meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dun negeri itu.

Ia berikutan percanggahan pendapat dengan Setiausaha Agung Parti, Lim Guan Eng dan ketidak-puasan hati anggota DAP terhadap tindakan Goh, yang memuji kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, baru-baru ini.

Goh, dilapor sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang negeri kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, siang tadi.

Menurut goh, kepemimpinan pusat DAP tidak berpuas hati dengannya dan beliau menerima kritikan daripada dua penyokong kuat, Guan Eng.

Iaitu Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kim Ban.

Sementara itu, Adun Bachang, Lim Jak Wong juga dilapor meletak jawatan timbalan ketua pembangkang Dun Melaka sebagai tanda sokongan terhadap Goh.

Lim juga menyatakan tidak dapat bekerjasama dengan adun DAP yang lain.

 

UTAMAPOLITIKPengerusi DAP Melaka Letak Jawatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium