Selepas pinjaman kerajaan persekutuan sebanyak RM600 juta didakwa gagal dimanfaatkan oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih, di negeri itu.
Kerajaan negeri hari ini meminta Kerajaan Persekutuan menambah lagi pinjaman sebanyak RM2 billion.
Pinjaman itu bagi memastikan 85 peratus rumah di Kelantan, menerima bekalan air bersih yang disediakan oleh Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad, AKSB.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, Dun Kelantan, siang tadi.
Menurut Hanifa, pinjaman RM600 juta sebelum ini membolehkan 65 peratus kediaman di negeri itu, menerima bekalan air daripada, AKSB.
Pinjaman mudah itu disalurkan kerajaan pusat pada tahun 2001, bagi membolehkan perkhidmatan bekalan air bersih diperbaiki.
Justeru, kerajaan negeri memerlukan tambahan RM2 billion, bagi mencapai sasaran 85 peratus kediaman menerima kemudahan asas itu.