Kesemua 23 Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UMNO Bahagian Kepong mengekalkan jawatan masing-masing termasuk ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Terdahulu, Shahrizat yang juga calon Ketua Wanita UMNO Malaysia tiba di Dewan Pusat Rekreasi Kepong di mana diadakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2013.
Seramai 141 perwakilan daripada 23 cawangan Wanita UMNO Bahagian Kepong mengambil bahagian dalam pemilihan sayap parti kali ini.