Dalam pada itu Ibu Pejabat UMNO mengenalpasti buku senarai calon majlis tertinggi palsu diedarkan di beberapa bahagian di Perak.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, buku berkenaan mempunyai senarai nombor calon bertanding bagi jawatan majlis tertinggi UMNO yang telah diubah.
Pengedaran buku senarai calon palsu itu dikesan di UMNO bahagian tambun siang tadi.
Satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu.
Sehubungan itu semua perwakilan dinasihat supaya mengabaikan buku senarai calon palsu bertajuk ” kompas majlis tertinggi UMNO ” .