Tidak rasmi: Zahid 85 undi, Shafie 75, Hisham 45, Mukhriz 42 sehingga jam 6:00 petang
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa beliau telah memenangi salah satu jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno.
Beberapa bahagian yang mengundi beliau adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berada rapat di belakang beliau turut mendahului dengan 56 undi manakala Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di tempat ketiga dengan 35 undi.
Shafie mendapat beberapa undi dari Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah manakala Hishammuddin mendapat beberapa undi dari Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 30 undi manakala bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing menerima empat undi bahagian.
Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.