Jenazah Sultan Jamalul Kiram III, ketua pengganas Sulu Filipina yang meninggal dunia semalam diterbangkan ke kampung halamannya di Jolo, Sulu, awal pagi tadi.
Upacara pengkebumiannya diadakan di Maimbung mengikut tradisi keluarga Kesultanan Sulu.
Jenazahnya dibawa melalui penerbangan Lion Air, tiba di Sulu jam 7:30 pagi tadi waktu tempatan.
Majlis dihadiri ahli keluarga serta pengikutnya.
Jamalul, 75 tahun, meninggal dunia di Hospital Manila, Filipina, semalam.
Kematian Jamalul dimaklumkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram-Hassan menerusi siaran stesen radio.