Dalam pada itu Tan Sri Muhyiddin mengumumkan peruntukkan sejumlah RM400,000 bagi pembangunan Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras.
Daripada RM350,000 diperuntukkan bagi menyempuranaan pembinaan blok baru, manakala RM50,000 lagi akan digunakan bagi memperbaiki laluan menghubungkan madrasah itu, dengan jalan utama.
Tambah Tan Sri Muhyiddin, kerajaan juga menyediakan peruntukkan sehingga RM50,000 dalam Bajet 2014, bagi memperkasakan pembangunan sekolah pondok, dan madrasah.
Menerusi peruntukkan itu katanya, beliau berharap insitusi pendidikan agama Islam akan dapat membentuk umatnya dinegara ini, menjadi umat contoh kepada dunia Islam seluruhnya.
Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika berucap selepas melawat madrasah itu, petang tadi.
Beliau juga mengambil kesempatan memberikan motivasi kepada 150 pelajar di madrasah itu.