Selesai Umno dan Gerakan, kini MIC pula berdepan pemilihan pucuk pimpinannya di peringkat pusat.
Siang tadi berlangsung proses pencalonan membabitkan pergerakan Pemuda dan Wanita.
Bagi Jawatan Ketua Pemuda MIC, persaingannya antara Setiausaha Agung Pemuda, C. Sivaraj dan Ketua Pemuda Hulu Selangor Lima Penggal, V.Mugilan.
Jawatan Naib Ketua Pemuda pula pertandingan tiga penjuru.
Pertandingan satu lawan satu turut membabitkan jawatan Ketua Wanita.
Persaingan kali ini, antara ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Mogana Muniandy dan Setiausaha Agung Sayap, M. Vikneswari Babujee.
Begitu juga dengan Jawatan Naib Ketua Wanita yang menyaksikan persaingan satu lawan satu.
555 perwakilan Pemuda dan hampir 600 perwakilan Wanita layak mengundi.