Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pengikut Syiah di negara ini yang bertukar menjadi pelampau atau kumpulan militan.
Khalid berkata, polis akan menggunakan peruntukkan undang-undang sedia ada sekiranya kumpulan berkenaan terlibat dalam aktiviti yang menggugat ketenteraman awam.