Sebab yang ikut sama ke Guangzhou kawan yang menjalankan perniagaan pakaian pengantin maka kena lah Jiangnan Wedding Street untuk melihat sendiri beranika pakaian pengantin ala barat dan pakaian trasisi serta moden China.
Disini tak ada cerita lain selain dari peralatan perkahwinan. Ada yang terletak didalam bangunan besar (plaza) atau di kedai-kedai sepanjang jalan Jiangnam.
Nak cari pakaian pengantin, pakaian pengantin China (qi pao), Gown, vels, kasut dan pelbagai aksesori semua ada disini.
Harga memang murah serendah RM500 untu sepasang pakaian pengantin dari kain yang bermutu tinggi. Untuk yang sederhana mahal dengan harga RM1500 boleh dapar sepasang pakaian pengantin dengan design yang menarik dan bermutu tinggi.
Tak larat nak tulis panjang-panjang sebab lenguh berjalan dari satu kedai kesatu kedai mengikut tokey pakaian pengantin.
Pengangkutan:
Subway – 2nd Workers’ Cultural Palace (Line 2)
Teksi – Jiangnan Avenue, Haizhu District, Guangzhou (地址:海珠区江南大道北), atau
Bas- hentian Jiangnan North Avenue Street (江南大道北路)
Kalau ada yang teringin datang kesini bolehlah hubungi kami:
arkedmaya.biz@gmail.com (Email)
http://arkedmaya.my (Website)
http://fb.arkedmaya.my (Facebook)
Tawaran pakej harga berpatutan.