Datuk Seri Ong Tee Keat, yang bertanding untuk merebut kembali jawatan presiden MCA 21 Dis ini, mengemukakan manifestonya hari ini dengan 11 misi utama termasuk tiga prinsip – menjamin akses kepada perkongsian adil, peluang ekonomi saksama kepada semua kaum dan mempertahankan meritokrasi.
Bekas presiden MCA itu berjanji untuk melaksanakan lapan inisiatif antaranya – transformasi parti menerusi pemerkasaan akar umbi, melicinkan transformasi perusahaan kecil dan sederhana, menubuhkan tabung pemerkasaan pendidikan dan meningkatkan daya saing belia menerusi latihan kemahiran kerjaya.
Ong, yang dipilih presiden MCA pada Oktober, 2008 dan disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Mac 2010, berjanji untuk lebih mendekatkan parti itu kepada rakyat, tanpa mengira kaum.
“Saya telah belajar dari kelemahan saya dan sedia untuk bekerja bersama akar umbi dan anggota untuk mengembalikan zaman kegemilangan MCA,” kata beliau semasa melancarkan manifestonya di sini.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ong menafikan yang beliau ‘bersendirian’ dalam usaha merebut kembali jawatan parti itu, memandangkan beliau tidak mempunyai ‘running mate’ (rakan pertandingan) berbanding dua pesaing beliau, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong dan Naib Presiden Gan Ping Sieu.
“Saya tidak bersendirian. Jika saya menang saya boleh bekerja dengan mana-mana timbalan dan presiden MCA yang dipilih perwakilan,” kata beliau.
Ong berkata pemilihan MCA tidak seperti pilihan raya presiden Amerika, dan tidak perlu bagi calon mempunyai rakan pertandingan.
“Kalaupun saya menyatakan nama rakan pertandingan saya, sistem pengundian dalam MCA adalah berbeza. Perwakilan menggunakan budi bicara mereka sendiri dalam memilih pemimpin (bagi setiap jawatan),” katanya.
Beliau berkata beberapa orang rakan pertandingan yang tewas biasanya menyalahkan mereka yang menang, dan ini mengakibatkan berlaku pemusuhan dan keadaan berpuak-puak dalam parti.