Satu nota usul bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur demonstrasi jalanan tanpa permit di ibu negara 9 Julai depan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, siang tadi.
Inisiatif itu diambil konsensus ahli Parlimen Bebas yang mencurigai niat sebenar Perhimpunan Bersih yang dilihat mempunyai agenda tersirat.
Konsensus ini mahu niat perhimpunan dibahas Dewan Rakyat dan satu keputusan dibuat supaya pihak berkuasa menghalangnya dianjurkan.
DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMAD HASHIM/AHLI PARLIMEN BAYAN BARU
“Tidak perlu buat program demonstrasi jalanan sebab ini akan timbul masalah dan bila keluar perkataan seperti ala Mesir, ala Tunisia, ini hasratnya lain dan kita tak mahu satu program diguna NGO dihijack oleh satu parti politik yang sekarang bukan jadi pembangkang tapi penghasut negara.”
Bimbang ia menjadi tidak terkawal dan menyusahkan warga kota, penganjur bersih seharusnya lebih bertanggungjawab.
DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMAD HASHIM/AHLI PARLIMEN BAYAN BARU
“Kita tidak mahu porak peranda berlaku. Ini bukan demokrasi yang kita cari-cari jadi saya nampak program ini walaupun digelar NGO namanya bersih tapi dengan niat kotor.”