Rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember telah berlalu tanpa kehadirannya. Jelas sekali Anwar tidak mengambil berat soal keadilan walaupun melibatkan diri sendiri. Namun, yang paling teruk terjejas, tentulah mangsa dalam kes ini, iaitu Saiful Bukhari.
Keadilan yang tertangguh adalah ketidakadilan. Jelas, sistem kehakiman negara ini telah melakukan ketidakadilan terhadap pihak pendakwa atau mangsa.
Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kebenaran tidak pernah atau tidak akan terserlah. Malah, dalam kes liwat ini, kebenaran mungkin telah diserlahkan oleh Anwar Ibarhim sendiri dengan memilih untuk tidak hadir ke mahkamah atas alasan menghadiri Seminar anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Georgetown University, Washington.
IIIT mempunyai sejarah homoseksualnya sendiri di mana Pengerusinya, Ismail AlFaruqi telah dibunuh kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual. Joseph Louis Young, iaitu seorang pelajar kulit hitam yang baru memeluk Islam telah mengaku membunuh AlFaruqi dan isterinya kerana memaksa pelajar melakukan hubungan homoseksual untuk mendapatkan biasiswa. Young percaya bahawa perbuatannya adalah tepat bagi memelihara kesucian Islam.
IIIT juga dikaitkan dengan CIA di mana ia dikatakan tempat untuk mengkaji pemikiran umat Islam untuk membantu pihak Neo-con memanipulasi dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri demi mencapai cita-cita untuk menakluk dunia.
Apa yang menarik ialah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan AlFaruqi dan IIIT. Sehingga kini, Anwar terus rapat dengan personaliti utama IIIT seperti Abd. Hamid Sulaiman, Dr. Ahmad Totonji dan Dr. Jamal Al-Din.
Justeru, tidak hairanlah Anwar memilih untuk menerima jemputan IIIT ke Georgetown University walaupun beliau sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari yang sama.
IIIT mungkin masih menyembunyikan skandal homoseksual dalam organisasi itu, tetapi tidak bagi Georgetown University. Pada 17 Mac lalu, University itu telah melantik Presiden Homoseksual Pertama bagi Persatuan Pelajar iaitu Nate Tisa.
Anwar yang membentangkan kertaskerja dalam Seminar anjuran IIIT di Universiti itu dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Nate Tisa. Malah, khabar angin menyatakan bahawa Nate Tisa adalah agenda utama Anwar ke Washington dan Seminar adalah agenda Kedua.
Nampaknya keterujaan Anwar untuk bertemu dengan Nate Tisa membuatkan beliau sanggup mengenepikan keperluan untuk membela diri di mahkamah dalam kes Liwat 2.
Kesimpulannya, walaupun keadilan tidak semestinya tercapai, tetapi kebenaran adalah pasti dan tidak boleh diubahsuai. Dalam hal ini, keutamaan Anwar kepada Nate Tisa, Georgetown University dan juga IIIT dengan sendirinya memberitahu kita tentang kebenaran dalam kes Liwat 2.