Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim seorang yang berperwatakan “licik” dengan kewibawaan yang diragui.
Shafee dalam afidavitnya di mahkamah kami ini mendakwa Mat Zain juga menggunakan nombor kad pengenalan berbeza dalam dokumen rasmi.
Beliau juga mendakwa nombor kad pengenalan sebenar Mat Zain menunjukkan bahawa bekas pegawai kanan polis itu diisytiharkan sebagai seorang yang bankrap oleh Jabatan Insolvensi.
Shafee mendakwa Mat Zain menggunakan nombor kad pengenalan palsu dalam pengakuan berkanun kontroversi yang dikemukakan ke mahkamah.
Shafee mengemukakan perkara tersebut bagi menyokong rayuan pihak kerajaan untuk mengenepikan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan beliau dari mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Liwat II.
Ia dikemukakan bagi menjawab afidavit Mat Zain yang mendakwa Shafee mengetahui mengenai perbuatan jenayah yang didakwa dilakukan oleh Peguam Negara.
Shafee juga mendakwa, Mat Zain menyembunyikan “rekaan” tersebut dengan “memadamkan nombor kad pengenalan dan alamatnya dalam salinan SD yang diberikan kepada Anwar.
Shafee juga mendakwa Mat Zain memfailkan saman “pura-pura” ke atas Anwar demi untuk menyalurkan maklumat kepada ahli politik tersebut.
Saman fitnah RM30 juta itu tidak dibicarakan walau mahkamah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab, katanya.
Bagaimanapun, dokumen yang dikemukakan oleh Mat Zain itu digunakan oleh Anwar untuk mengaitkan pihak lain, katanya.