Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

UCAPAN YB DATUK WEE KA SIONG, KETUA PEMUDA MCA - pakdin.my

wee-ka-siong

Intipati:
– “MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
– “[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan” .
“Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.”
– “Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.” .
“Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …” .
Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN..
“… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.” .
“Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.”

 

 

MCA Ingin UMNO Tunduk Pada Cina Baru Nak Buat Kerja?

MCA Ingin UMNO Tunduk Pada Cina Baru Nak Buat Kerja?Perhimpunan Agung MCA yang berlangsung semalam memperlihatkan desakan untuk mencabar perlembagaan dengan mempertikai dasar kerajaan mengenai hak bumiputera.  Tanpa mengambil kira bahawa da….

PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA

TEMA : “BERUBAH, BERSATUPADU DAN BERTINDAK, DEMI SURVIVAL PARTI”

SELAMAT PAGI SAYA UCAPKAN KEPADA TIMBALAN PRESIDEN MCA  YB DATO’SERI LIOW TIONG LAI,  KETUA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN UMNO YB SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN, PEMIMPIN-PEMIMPIN MCA, PEMIMPIN-PEMIMPIN PERSATUAN-PERSATUAN CINA, PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN PEMUDA MCA SEKALIAN.

TERLEBIH DAHULU, BAGI PIHAK SEMUA AHLI JAWATANKUASA PUSAT PEMUDA MCA, SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN PARA PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PEMUDA MCA PADA HARI INI.

KALI INI ADALAH KALI TERAKHIR SAYA MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA PARA PERWAKILAN SEBAGAI KETUA PEMUDA MCA. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN PEMUDA MCA YANG MENYOKONG DAN BEKERJASAMA DENGAN SAYA SEPANJANG TEMPOH 5 TAHUN YANG LALU. HARI INI, MUNCULNYA BANYAK MUKA BARU DI  KALANGAN AHLI-AHLI PEMUDA MCA.  BUAT PERTAMA KALI,  TERDAPAT JUGA  BELIAWANIS YANG MENANG DALAM PEMILIHAN PEMUDA MCA. SAYA BERASA SUKACITA PARA PERWAKILAN BERHIMPUN DI SINI DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR.  MASA DEPAN PEMUDA MCA AKAN BERGANTUNG KEPADA USAHA-USAHA KAMU NANTI.

PARA PERWAKILAN, MCA SEKALI LAGI MENERIMA TAMPARAN HEBAT DALAM PRU KE-13 YANG LEPAS. OLEH ITU PUCUK PIMPINAN MCA MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK MENERIMA JAWATAN  KABINET. AKIBATNYA, DASAR-DASAR YANG MERUGIKAN MASYARAKAT CINA ATAU TIDAK MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN SEMUA KAUM TELAH DILAKSANAKAN DAN KEADAAN INI TELAH MEMBIMBANGKAN DAN MEMBEBANKAN  RAKYAT.

SAYA INGIN MEMBERITAHU KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI-PARTI KOMPONEN TERUTAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI SEMUA PERINGKAT, WALAUPUN KEPUTUSAN PRU KE-13 MENYEBABKAN MCA TIDAK MENYERTAI KABINET, TETAPI KEPENTINGAN-KEPENTINGAN KAUM CINA TIDAK DIBENARKAN TERANCAM. SAYA INGIN MENASIHATKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DALAM UCAPAN DAN PEMIKIRAN MEREKA SUPAYA TIDAK MENUJU KE ARAH PENYELEWENGAN DAN(刪掉) EKSTREMISME. KALAU MEREKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENGUNDI CINA YANG TIDAK MENYOKONG BN DALAM PRU KE- 13 LALU MENGETEPIKAN PERJUANGAN UNTUK SEMUA KAUM DAN MENUMPUKAN PERJUANGAN UNTUK SUATU KAUM SAHAJA ,  SAYA PASTI KEADAAN INI  BOLEH MENYEBABKAN UNDI-UNDI  CINA TIDAK AKAN KEMBALI KEPADA BN DAN UNDI-UNDI  KAUM BUKAN MELAYU JUGA AKAN TURUT HILANG. KEADAAN INI AKAN MENJEJASKAN ATAU MEMUSNAHKAN MASA DEPAN BN.

PADA KETIKA KITA MENOLAK PERKAUMAN, KERAJAAN  YANG INGIN MEMENANGI HATI RAKYAT HARUS MEMASTIKAN RAKYAT DIDAHULUKAN, BUKAN  MENGGUBAL SEMUA DASAR BERDASARKAN KEPENTINGAN SUATU KAUM ATAU MENGHUKUM SUATU KAUM SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA, TERUTAMA TERHADAP KAUM CINA. SAYA INGIN MEMBERITAHU MEREKA, KAUM CINA TIDAK AKAN MENERIMA HUKUMAN SEPERTI INI TANPA TENTANGAN DAN MCA JUGA TIDAK AKAN BERDIAM DIRI. WALAUPUN MASYARAKAT CINA MEMPUNYAI PRASANGKA TERHADAP MCA, TETAPI MCA TETAP AKAN MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERJUANGKAN HAK-HAK KAUM CINA DAN JUGA KAUM-KAUM YANG LAIN.

SAYA MENYOKONG PENUH  KONSEP‘1 MALAYSIA’YANG DILAKSANAKAN OLEH YAB DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBELUM PRU KE-13 DENGAN  SLOGAN ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. UNTUK MEREALISASIKAN KONSEP INI, KITA MEMERLUKAN KERJASAMA DARI PIHAK PENTADBIRAN DAN JUGA PERLU  MENCERMINKAN SEPENUHNYA  DALAM PELAKSANAAN DASAR .  ADALAH KURANG WAJAR APABILA  KERAJAAN MELAKSANAKAN DASAR-DASAR YANG MEMANFAATKAN RAKYAT SELARAS DENGAN SLOGAN “RAKYAT DIDAHULUKAN”, DI SEBALIKNYA  KERAJAAN JUGA MELAKSANAKAN DASAR-DASAR LAIN  YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.

KEBELAKANGAN INI KENAIKAN HARGA PETROL, KETURUNAN SUBSIDI GULA, KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN PENGENALAN GST TELAH MENYEBABKAN RAKYAT TERASA SEOLAH-OLAH “DIANIAYAI” OLEH KERAJAAN KERANA  SETELAH KERAJAAN MEMBERI SEDIKIT BANTUAN  KEPADA RAKYAT, DISUSULI PULA LANGKAH-LANGKAH YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.  RAKYAT MEMPUYAI PERSEPSI SEBIGINI  KERANA KERAJAAN TELAH MELAKUKAN PEMOTONGAN SUBSIDI DENGAN BANYAK.

PARA PERWAKILAN, RASIONALISASI SUBSIDI DAN PENGURANGAN DEFISIT KEWANGAN ADALAH SATU-SATUNYA JALAN KE ARAH  STATUS NEGARA MAJU, TETAPI IANYA TIDAK HARUS DILAKSANAKAN DENGAN TERGESA-GESA SEBELUM RAKYAT BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPINYA DAN  JUGA DIBEBAN DENGAN KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN BERTAMBAH. INI AKAN MENIMBULKAN RUNGUTAN RAKYAT.

RAKYAT JELATA TIDAK SEPERTI WAKIL RAKYAT,  BEGITU JUGA SEKTOR KORPORAT TIDAK  SEPERTI KERAJAAN SELANGOR MAMPU MENAIKKAN GAJI ADUN SEWENANG-WENANGNYA. KERAJAAN SELANGOR TIDAK MENGHARGAI CUKAI YANG DIKUTIP DARIPADA RAKYAT DAN SEBALIKNYA MENGUNAKAN WANG ITU UNTUK MEMBERI GANJARAN KEPADA  MENTERI BESAR,  AHLI-AHLI EXCO DAN ADUN-ADUN DENGAN KENAIKAN GAJI  MELEBIHI 300%. AKAN TETAPI,  SEKTOR KORPORAT TIDAK BOLEH BERBUAT DEMIKIAN KERANA PERLU BERSIAP SEDIA MEMIKIRKAN IMPLIKASI KEWANGAN LEBIH-LEBIH LAGI UNTUK MENGHADAPI  KEADAAN YANG TIDAK MENENTU PADA MASA AKAN DATANG.

GAJI DAN PENDAPATAN RAKYAT  TIDAK SELARAS DENGAN LANGKAH-LANGKAH  RASIONALISASI SUBSIDI KERAJAAN YANG MENGURANGKAN PELBAGAI SUBSIDI SEHINGGA MEMBEBANKAN RAKYAT. PENIAGA-PENIAGA JUGA  TIDAK BERUPAYA MENYERAP KENAIKAN KOS DAN TERPAKSA MENGALIHKAN KOS KEPADA PARA PENGGUNA.  KESAN SAMPINGAN DARIDAPA RASIONALISASI SUBSIDI AKAN MEMBEBANKAN GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

SELAIN DARIPADA ITU, KERAJAAN AKAN MEMPERKENALKAN GST PADA TAHUN 2015. GST AKAN MEMANFAATKAN KERAJAAN SECARA KESELURUHAN, TETAPI KERAJAAN JUGA PERLU MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT DAN PENIAGA-PENIAGA, TERUTAMA MENGKAJI KESAN DARI  PERLAKSANAAN GST  SEBANYAK 6% DI SAMPING PERLU MEMBERIKAN PENJELASAN YANG SECUKUPNYA KEPADA RAKYAT DAN MEMPERLUASKAN KATEGORI BARANGAN YANG DIKECUALIKAN GST.

RAMAI ORANG TERTANYA-TANYA BAGAIMANA PENGUTIPAN GST AKAN DILAKSANAKAN? ADAKAH PETROL DIKENAKAN GST? ADAKAH NASI CAMPUR DIKENAKAN GST? ADAKAH SABUN DIKENAKAN GST?  ADAKAH  DARI PAGI SAMPAI MALAM,  MULAI  DARI SARAPAN PAGI HINGGA MAKAN MALAM DAN  BARANGAN PENJAGAAN KULIT YANG DIGUNAKAN SEBELUM TIDUR JUGA DIKENAKAN GST?

TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKAT SEBANYAK 15% PADA TAHUN 2014 DAN TNB TELAH MENGUMUMKAN BIL ELEKTRIK YANG MELEBIHI RM43.60 AKAN DIKENAKAN GST SEBANYAK 6%.  GST AKAN MEMBERI KESAN SECARA LANGSUNG KEPADA BIL ELEKTRIK. SAYA INGIN BERTANYA KEPADA PARA PERWAKILAN YANG MENGHADIRI PERHIMPUNAN INI , ADAKAH BIL ELEKTRIK RUMAH BULANAN KAMU KURANG DARIPADA RM43.60? SAYA PERCAYA, BIL ELEKTRIK SEBAHAGIAN BESAR PERWAKILAN DISINI ADALAH MELEBIHI JUMLAH INI. INI BERMAKNA KITA BUKAN SAHAJA PERLU MEMBAYAR TARIF ELEKTRIK YANG TINGGI TETAPI PERLU JUGA MEMBAYAR GST.  INI AKAN MEMBEBANKAN KEHIDUPAN RAKYAT.

SAYA MENYERU KERAJAAN SUPAYA MENYEMAK SEMULA KADAR GST DAN MEMBERI PERTIMBANGAN UNTUK MENURUNKANNYA KEPADA 4%. APABILA BUAT PERTAMA KALI RANG UNDANG-UNDANG MENGENAI GST DIBENTANGKAN DI DEWAN RAKYAT PADA BERAPA TAHUN YANG LALU, CADANGAN ASAL HANYALAH 4%. KENAPA TEMPOH PELAKSANAAN GST IAITU 15 BULAN DARI SEKARANG, KADAR PERMULAAN GST MENJADI 6% PULA?  SELAIN ITU, KERAJAAN PERLU MENGUMUMKAN MAKLUMAT TERPERINCI BARANGAN YANG DIKENAKAN GST, DAN MEMPERLUASKAN BARANGAN YANG DIKECUALIKAN GST, TERUTAMA TARIF ELEKTRIK, PETROL DAN BARANGAN HARIAN PATUT DIKECUALIKAN GST.

PARA PERWAKILAN, WALAUPUN KERAJAAN TELAH  MEMPERKENALKAN DASAR –DASAR MEMBANTU GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DAN RENDAH, TETAPI  KERAJAAN TIDAK MEMBERI BANTUAN TERUS KEPADA GOLONGAN BELIA. KERAJAAN TIDAK PATUT MENGABAIKAN GOLONGAN BELIA KERANA BELIA BAKAL MENJADI PENENTU DALAM  PRU KE-14.

UNTUK MEMBANTU BELIA MENCEBURI BIDANG EKONOMI, KITA PATUT BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI, APAKAH PERMINTAAN BELIA DI DALAM BIDANG EKONOMI? MELALUI PERBINCANGAN ANTARA SAYA DENGAN KEBANYAKKAN BELIA, SAYA MENDAPATI BELIA MEMENTINGKAN DUA ASPEK, PERTAMA IALAH ADAKAH KERAJAAN MAMPU MENYEDIAKAN RUANG YANG MENCUKUPI UNTUK BELIA MENONJOLKAN BAKAT MEREKA.

SEMUA BELIA MEMANG BERHARAP BAKAT MEREKA DAPAT DIKEMBANGKAN DALAM MASYARAKAT. TETAPI, KITA HARUS BERTANYA, ADAKAH NEGARA DAN MASYARAKAT MENYEDIAKAN RUANG ATAU PELUANG YANG MENCUKUPI UNTUK MEREKA? SEBAGAI CONTOH, TAI MING LIANG DARI MALAYSIA MEMENANGI ANUGERAH PENGARAH TERBAIK DAN YEO YANN YANN MEMENANGI ANUGERAH PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DALAM “ GOLDEN HORSE AWARD 2013, TAIWAN”BARU-BARU INI.  SEMASA PERDANA MENTERI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MEREKA DI FACEBOOK BAHASA CINA BELIAU “AH JIB GOR”, KEBANYAKAN PENGGUNA INTERNET BERTANYA APAKAH RUANG YANG DIBERI OLEH KERAJAAN SUPAYA MEREKA BOLEH MENJADI TERKENAL DI DUNIA DENGAN BERLAKON DALAM FILEM BUATAN MALAYSIA?  INI KERANA TAI MING LIANG MEMENANGI ANUERAH DENGAN MENGARAH FILEM BUATAN TAIWAN , MANAKALA YEO YANN YANN  MEMENANGI ANUGERAH KERANA BERLAKON DALAM FILEM BUATAN SINGAPURA.

OLEH ITU, CARA YANG BETUL UNTUK MEMBANTU BELIA IALAH NEGARA KITA PERLU MENYEDIAKAN RUANG YANG MENCUKUPI UNTUK BELIA MENONJOLKAN BAKAT SENI DAN KREATIVITI MEREKA. SETIAP TAHUN KERAJAAN MEMBERIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA STESYEN TV RTM, KENAPA TIDAK BOLEH MENGAGIHKAN MASA YANG TERTENTU UNTUK MEREKA MENONJOLKAN BAKAT DAN KREATIVITI ? LANGKAH INI SANGAT MUDAH UNTUK KERAJAAN, TETAPI IA DIANGGAP PELUANG YANG SANGAT BERNILAI KEPADA BELIA, TAMBAHAN PULA  IA AKAN MENARIK LEBIH RAMAI BELIA MENONTON PROGRAM-PROGRAM YANG DISIARKAN OLEH  RTM.

SELAIN ITU, UNTUK MEMPERLUASKAN RUANG UNTUK BELIA, SAYA BERASA PEMUDA MCA DAN KERAJAAN PATUT BERGANDING BAHU UNTUK  MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PLATFORM UNTUK BELIA MEMULAKAN PERNIAGAAN MEREKA, CONTOHNYA MENGADAKAN PAMERAN KERJAYA DAN MEMBERI LEBIH BANYAK PILIHAN PEKERJAAN KEPADA BELIA. PADA MASA YANG SAMA, BAKAT DAN KARYA MEREKA DAPAT DITONJOLKAN DENGAN MENGADAKAN PAMERAN KREATIF. KERAJAAN PERLU MEMBERI LEBIH BANYAK INSENTIF KEPADA BELIA DALAM PENGGUBALAN DASARNYA, TERUTAMA BAGI BELIA YANG BERJAYA MENCIPTA PRODUK YANG KREATIF.

KEDUA, BELIA BERHARAP MENDAPAT PELUANG YANG ADIL DAN SAKSAMA DALAM BIDANG EKONOMI DAN KERAJAAN BOLEH MENYEDIAKAN SUASANA YANG BAIK UNTUK MEREKA, SALAH SATU CARANYA  IALAH MENYEDIAKAN SUASANA YANG TELUS DAN BERINTEGRITI. SELAIN DARIPADA MEMBENTERAS RASUAH, KERAJAAN PERLU MENJADI TELADAN UNTUK MENCARI SUMBER PENDAPATAN BARU DAN MENJIMATKAN PERBELANJAAN.

APA YANG KITA MAHU IALAH KEBERKESANAN DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG, SESIAPA YANG TERLIBAT DALAM KES PENYELEWENGAN ATAU RASUAH HENDAKLAH DIHUKUM DI MAHKAMAH. NAMUN DEMIKIAN, DALAM PROSES INI, SIASATAN DAN PENDAKWAAN HENDAKLAH DI JALANKAN SECARA PROFESIONAL DAN SERIUS, BUKAN SECARA SAMBIL LEWA.  KADANGKALA,  OLEH KERANA KERAJAAN INGIN MENUNJUKKAN BETAPA SERIUSNYA UNTUK MEMBENTERAS RASUAH,  SESEORANG TELAH DIDAKWA TANPA SIASIATAN RAPI, AKHIRNYA ORANG KENA TUDUH DIBEBASKAN KERANA TANPA BUKTI YANG KUKUH  ATAU SALAH DAKWA ORANG YANG TIDAK BERSALAH.  KEADAAN INI BUKAN SAHAJA MEMBAZIRKAN WANG KERAJAAN, IA JUGA AKAN MEMBERI TANGGAPAN YANG SALAH BAHAWA KERAJAAN TIDAK SERIUS DAN TIDAK BERKESAN DALAM USAHANYA MEMBENTERAS RASUAH.

OLEH ITU,  PEMUDA MCA MENYOKONG PENUH  USAHA UNTUK MEMBERI KUASA  DAN KEBEBASAN YANG LEBIH BESAR KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM) DAN JUGA MENYOKONG UNTUK MENYEMAK SEMULA PROSES PENDAKWAAN TERHADAP KES-KES RASUAH UNTUK MENGELAK DARIPADA SEBARANG KECUAIAN DAN KURANG SERIUS.  HANYA DENGAN CARA INILAH USAHA MEMBANTERAS RASUAH AKAN MEMBAWA  KESAN YANG DIHARAPKAN.

PADA MASA YANG SAMA, KITA MENCADANGKAN KERAJAAN MENGGUNAKAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA SEBAGAI KPI BAGI SEMUA KEMENTERIAN DAN JABATAN KERAJAAN. SEKIRANYA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENDEDAHKAN MANA-MANA KEMENTERIAN ATAU JABATAN  KERAJAAN TERBABIT DALAM KES PENYELEWENGAN, KPI KEMENTERIAN DAN JABATAN TERSEBUT HENDAK ‘DITOLAK MARKAH’, DAN  MENJADIKANNYA ASAS PENENTUAN SISTEM GANJARAN DAN PENGHUKUMAN. INI AKAN MENUNJUKKAN KERAJAAN  MEMANDANG BERAT TERHADAP LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA.  IA  JUGA AKAN  MEMBANTU KERAJAAN MEMBINA SEMULA KEYAKINAAN  RAKYAT TERHADAP INTEGRITI DALAM KERAJAAN.

PARA PERWAKILAN,  PERIBAHASA CINA BERBUNYI: “   POKOK MEMBESAR  MEMERLUKAN MASA 10 TAHUN,  MENDIDIK SEORANG INSAN MEMERLUKAN MASA 100 TAHUN”.  PENDIDIKAN ADALAH ASAS PENTING YANG AKAN MENENTUKAN KEKUATAN SESUATU BANGSA.  PENDIDIKAN MERUPAKAN SALAH SATU BIDANG YANG AMAT DIPANDANG BERAT OLEH KAUM CINA. OLEH ITU, PENDIDIKAN  JUGA MERUPAKAN BIDANG YANG DIPERJUANGKAN OLEH MCA SELAMA INI.  MCA TELAH MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PELINDUNG KEPADA  PENDIDIKAN CINA.

SEBAGAI PELOPOR PARTI, PEMUDA MCA SENTIASA MENGUTAMAKAN ISU-ISU PENDIDIKAN.  SEJAK TAHUN-TAHUN KEBELAKANGAN INI,  PENCAPAIAN PEMUDA MCA DALAM BIDANG PENDIDIKAN MEMANG DIPERAKUI OLEH PELBAGAI PIHAK. SENBENARNYA,  PEMUDA MCA BUKAN HANYA MEMBERI TUMPUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN SAHAJA . OLEH KERANA USAHA-USAHA PEMUDA MCA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DIPERAKUI  DAN SENTIASA MENDAPAT LIPUTAN MEDIA SEHINGGA ADA ORANG-ORANG TERTENTU MENGANGGAP PEMUDA MCA HANYA MEMBERI TUMPUAN  DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN TIDAK MEMBERI TUMPUAN KEPADA ISU-ISU  LAIN.

SESUNGGUHNYA, NAMA PEMUDA MCA TERKENAL KERANA  PENDIDIKAN.  APABILA  ADANYA   KAUNSELING PENDIDIKAN TINGGI DAN BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DALAM PENGAMBILAN MAHASISWA-MAHASISWA UNTUK UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM, RAKYAT AKAN TERINGAT PEMUDA MCA.  BANYAK KAUNSELING PENDIDIKAN TINGGI TELAH DIADAKAN OLEH PEMUDA MCA YANG DIHADIRI OLEH BERIBU-RIBU ORANG AWAM. SELAIN ITU, PEMUDA MCA JUGA TELAH MENGURUSKAN BERIBU-RIBU KES RAYUAN UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM. ITU SEMUA ADALAH USAHA PEMUDA MCA SEPANJANG MASA INI.

DI SAMPING ITU, PEMUDA MCA TELAH  MENUNJUKKAN PENGARUHNYA DALAM SISTEM KERAJAAN, CONTOHNYA BIASISWA JPA UNTUK BELAJAR DI UNIVERSITI-UNIVERSITI LUAR NEGERI KINI DIAGIH SEPENUHNYA SECARA SISTEMATIK.  RAMAI PELAJAR MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM SETIAP TAHUN, TETAPI  JUMLAH BIASISWA JPA ADALAH TERHAD DAN MASALAH INI TELAH BERLAKU TAHUN DEMI TAHUN.  PEMUDA MCA TELAH MENGEMUKAKAN CADANGAN BAHAWA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG YANG LAYAK AKAN  DITAWAR BELAJAR DI KELAS-KELAS PRA-UNIVERSITI DI DALAM NEGARA, MEREKA HANYA DITAWAR BIASISWA JPA SETELAH DITERIMA OLEH UNIVERSITI-UNIVERSITI TERUNGGUL DI DUNIA.  CADANGAN PEMUDA MCA TERSEBUT TELAH DITERIMA OLEH KERAJAAN PUSAT DAN BIASISWA TELAH DITAWARKAN DENGAN CARA YANG LEBIH BERKESAN.

PEMUDA MCA JUGA MENGEMUKAKAN FORMULA UNTUK MEMBETULKAN PENYELEWENGAN YANG BERLAKU SETIAP TAHUN DALAM PENGAMBILAN PELAJAR-PELAJAR UNTUK UNIVERISTI-UNIVERSITI AWAM.  DI BIDANG PENDIDIKAN CINA, PEMUDA MCA TELAH MENGADAKAN PELBAGAI AKTIVITI YANG DIHADIRI  OLEH LEBIH 30,000  ORANG UNTUK MEMUNGUT DERMA SEBANYAK RM2.18 JUTA KEPADA SEKOLAH MENENGAH CHONG HWA KUANTAN. PEMUDA MCA JUGA MUNCUL SEBAGAI PERTUBUHAN YANG MEMUNGUT PALING BANYAK DERMA KEPADA SEKOLAH TERSEBUT. INI JELAS MEMBUKTIKAN PEMUDA MCA MENYOKONG PENDIDIKAN CINA DENGAN TINDAKAN YANG KONKRIT.

PARA PERWAKILAN,  PENDIDIKAN MERUPAKAN SUATU PERJUANGAN YANG BERTERUSAN, PEMUDA MCA PERLU MENINGKATKAN USAHANYA UNTUK MENYELESAIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN DAN TERUS  MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PELOPOR PARTI.  SELAIN DARIPADA PERJUANGAN UNTUK RAKYAT , KITA MESTI BERUSAHA MENYELESAIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN BERASASKAN KEPADA SISTEM PENDIDIKAN.

SETELAH KEPIMPINAN BARU MCA DIBENTUK, PERBINCANGAN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BN MENGENAI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN CINA HENDAKLAH DIADAKAN DENGAN SEGERA. SEBAGAI SEBUAH PARTI KOMPONEN UTAMA DALAM BN , MCA HENDAKLAH  MENGADAKAN PERBINCANGAN YANG BERSEJARAH , BERVISI DAN BERMISI DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BN.

SAYA HENDAK MENEGASKAN BAHAWA MCA BUKANLAH SEBUAH PARTI PERKAUMAN.  BERTERASKAN KEPADA HAK DAN KEBEBASAN DEMOKRATIK YANG TERMAKTUB DALAM  PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, MCA BERTANGGUNGJAWAB MEMBELA PENDIDIKAN  BAHASA IBUNDA SEMUA KAUM ,  TERMASUK PENDIDIKAN CINA.

DALAM PERBINCANGAN DENGAN PUCUK PIMPINAN BN, MCA HENDAKLAH MENCADANG KEPADA KERAJAAN AGAR MEMBERI PERUNTUKAN SEKURANG-KURANGNYA RM200 JUTA KEPADA 1295 BUAH SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA SECARA SISTEMATIK SETIAP TAHUN.   KERAJAAN JUGA PERLU MENYEDIAKAN DANA   YANG MENCUKUPI SUPAYA  PERUNTUKAN KECEMASAN DAPAT DISALURKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA APABILA DIPERLUKAN. BAGI SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN, KERAJAAN MESTILAH BERSEDIA UNTUK  MEMBERI BANTUAN APABILA SEKOLAH-SEKOLAH BERKENAAN MENGHADAPI KESUSAHAN. SELAIN ITU, BERHUBUNG DENGAN PEMBINAAN SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN, KERAJAAN HARUSLAH MENGAMALKAN SIKAP YANG TERBUKA DENGAN MEMBENARKAN SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DIBINA MENGIKUT KEPERLUAN TEMPATAN, BUKAN  MEMBERI PERTIMBANGAN BERDASARKAN PERSPEKTIF KAUM.

SAYA TIDAK BERHARAP BAHAWA SETIAP ISU PENDIDIKAN PERLU DISELESAIKAN MELALUI DESAKAN PERHIMPUNAN   ATAU  PROSES YANG RUMIT MELALUI SALURAN DALAMAN. SAYA PERCAYA BAHAWA DENGAN ADANYA SISTEM BERKENAAN, ISU-ISU PENDIDIKAN CINA AKAN DAPAT DISELESAIKAN SECARA BERFOKUS.

MASA SUDAH TIBA BAGI KERAJAAN MEMBERI PENGIKTIRAFAN SEPENUHNYA KEPADA SIJIL UEC, TERUTAMA MEMBENARKAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MENGIKTIRAF SIJIL UEC DAN JUGA MEMBERI PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN SERTA MENGIKTIRAF SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.  SAYA TIDAK MELETAK HARAPAN TINGGI TERHADAP KERAJAAN MEMBERI JUMLAH PERUNTUKAN BESAR KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN, TETAPI JIKA(刪除) BEBERAPA KERAJAAN NEGERI TELAH MENYEDIAKAN PERUNTUKAN TAHUNAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH BERKENAAN, MENGAPA KERAJAAN PUSAT TIDAK DAPAT BERBUAT DEMIKIAN?

SELAIN DARIPADA SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN, SAYA BERHARAP SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN  TIDAK DIABAIKAN DALAM SETIAP BAJET KERAJAAN.  BERBANDING DENGAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN, SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN  LEBIH AWAL DIIKTIRAF SEBAGAI  SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA, TETAPI IA TELAH DIANAKTIRIKAN DALAM SETIAP BAJET KERAJAAN, INI TIDAK PATUT BERLAKU LAGI. SAYA MENYERU KERAJAAN PERSEKUTUAN SUPAYA MENYALURKAN BANTUAN KEWANGAN SECARA SISTEMATIK SETIAP TAHUN   KEPADA SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN   MELALUI KEMENTERIAN PELAJARAN.  JUMLAH PERUNTUKAN JUGA PERLU BERPATUTAN.

APA YANG SAYA HENDAK KATAKAN IALAH WALAUPUN MCA TIDAK MEMPUNYAI WAKIL DI DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN DAN MCA MUNGKIN BUKAN LAGI SASARAN BAGI PARTI PEMBANGKANG  SEHINGGA BERITA  PENDIDIKANNYA  DALAM BAHASA CINA JUGA KURANG MENDAPAT LIPUTAN MEDIA, NAMUN, SITUASI INI TIDAK BERMAKSUD MASALAH-MASALAH PENDIDIKAN CINA TELAH DISELESAIKAN SECARA AUTOMATIK.   MCA TIDAK AKAN MENGETEPIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN CINA KERANA  PENDIDIKAN ADALAH  ASAS YANG PENTING UNTUK MEMBINA KEKUATAN KAUM CINA. OLEH ITU, WALAUPUN MCA TIDAK MEMPUNYAI  PLATFORM DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN , KITA TETAP AKAN BERUSAHA GIGIH UNTUK MENYELESAIKAN ISU-ISU  PENDIDIKAN CINA.

PARA PERWAKILAN,  SETELAH MENGALAMI KEKALAHAN TERUK DALAM  PRU KE-12 DAN PRU KE- 13, MCA KINI BERADA DALAM SITUASI YANG AMAT  KRITIKAL. BINTANG TERKENAL ANDY LAU BERKATA DALAM FILEM BERTAJUK‘COLD WAR’YANG DIBINTANGINYA BAHAWA“PERLUNYA ADA STRATEGI KRITIKAL UNTUK MASA KRITIKAL.” SEBELUM INI,  SAYA BERSAMA SEMUA AHLI JAWATANKUASA PEMUDA MCA TELAH SEBULAT SUARA BERSETUJU UNTUK MENURUNKAN HAD UMUR KEAHLIAN PEMUDA MCA DARI 45 TAHUN KEPADA 40 TAHUN. INI KERANA  PEMUDA MCA  BERADA DI DALAM SITUASI  KRITIKAL DAN MEMERLUKAN CARA KRITIKAL UNTUK MENEMPUHI CABARAN DEMI MASA DEPAN MCA.

DALAM PRU KE-12 ATAU PRU KE- 13, MCA TELAH MENGALAMI KRISIS KEPERCAYAAN DI KALANGAN MASYARAKAT CINA. PADA MASA YANG SAMA, KEMEROSOTAN SOKONGAN DARIPADA GOLONGAN PEMUDA  JUGA MENDATANGKAN KESAN NEGATIF  DALAM  PERJUANGAN POLITIK MCA.

SEMEMANGNYA, KEPUTUSAN TERSEBUT TELAH MEMBERI KESAN KEPADA RAMAI AHLI  PEMUDA MCA, TERMASUK SAYA TERPAKSA BERUNDUR DARI PEMUDA MCA.. TETAPI,  KITA  TIADA PILIHAN LAIN DALAM MASA YANG KRITIKAL INI.  JIKA KITA TIADA KEAZAMAN UNTUK BERUBAH DAN TERIKAT OLEH FAKTOR-FAKTOR  LAIN SEHINGGA TIDAK BERANI MENGAMALKAN CARA YANG KRITIKAL , SUDAH TENTU PEMUDA MCA TIDAK AKAN MAMPU MELANGKAH KE DEPAN DAN AKHIRNYA KITA AKAN TERCICIR  DARI  ZAMAN INI.

SELAMA INI, PEMUDA MCA  SENTIASA BERANI UNTUK BERTINDAK DAN  BERTAGGUNGJAWAB,  MAKA PEMUDA MCA PERLU BERANI MENGHADAPI MASA YANG KRITIKAL INI  KETIKA MCA BERADA DALAM SITUASI YANG AMAT SUKAR.  KITA TIDAK PATUT TERIKAT OLEH SEBARANG FAKTOR DAN PERLU MENONJOLKAN SEMANGAT PERJUANGAN SEBAGAI PELOPOR PARTI.

SAYA  MENGANGGAP BAHAWA CABARAN TERBESAR BAGI PUCUK PIMPINAN BARU PEMUDA MCA ADALAH HAMPIR SERIBU CAWANGAN PEMUDA MCA MENJADI TIDAK SAH DALAM MASA YANG KRITIKAL INI DAN  CAWANGAN-CAWANGAN TERSEBUT PERLU DISUSUN SEMULA DALAM TEMPOH 3 TAHUN YANG AKAN DATANG.

SAYA JUGA BERHARAP ORGANISASI PEMUDA MCA AKAN TERUS BERKEMBANG. OLEH ITU, PEMUDA MCA PERLU SENTISA MENARIK  LEBIH RAMAI  MUKA BARU MENJADI AHLI  SUPAYA   BARISAN BERLAPIS YANG KUAT DAPAT DIWUJUDKAN UNTUK  BARISAN NASIONAL DAN MCA. KITA MESTI  INGAT, PENGUNDI-PENGUNDI BARU AKAN MENJADI FAKTOR PENENTU DALAM PILIHARAYA UMUM YANG AKAN DATANG MAKA PEMUDA MCA HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN PENTING BAGI MENDAPAT SOKONGAN MEREKA UNTUK BARISAN NASIONAL.

BAGI AHLI-AHLI PEMUDA MCA YANG TERPAKSA BERUNDUR DALAM MASA YANG KRITIKAL INI,   SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA MEREKA  SELAMA INI . SAYA BERDOA  KAMU SEMUA AKAN MEMPUNYAI  MASA DEPAN YANG CERAH DALAM  MCA . KITA AKAN TERUS BEKERJASAMA DALAM MCA DAN SAMA-SAMA  BERJUANG UNTUK KEBANGKITAN SEMULA MCA.

PARA PERWAKILAN, SELAMA 5 TAHUN DALAM TEMPOH PIMPINAN SAYA, RANCANGAN-RANCANGAN YANG SAYA PERKENALKAN KINI TELAH PUN DILAKSANAKAN SECARA BERANSUR-ANSUR. TERUTAMANYA DUA RANCANGAN UTAMA YANG  MEMPUNYAI  IMPLIKASI  LUAS TERHADAP PEMUDA MCA, IAITU AHLI-AHLI  PEMUDA DAN BELIAWANIS  DISATUKAN SEMULA DALAM KELUARGA PEMUDA MCA DAN  PENURUNAN HAD UMUR  AHLI-AHLI PEMUDA MCA.  INI TELAH MEMBOLEHKAN PEMUDA MCA MELANGKAH MAJU SEIRING DENGAN ZAMAN DAN KEMBALI  KE  BENTUK ASAL  KETIKA PEMUDA MCA DITUBUHKAN.  MISI SAYA TELAH TERCAPAI DAN TIBALAH MASA UNTUK SAYA BERUNDUR DARI PEMUDA MCA.

SELEPAS HARI INI, AHLI-AHLI  PEMUDA MCA LAIN AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN PEMUDA MCA ,  MASA DEPAN PEMUDA MCA JUGA  BERADA DI DALAM TANGAN KAMU SEMUA . SAYA YAKIN, AHLI-AHLI PEMUDA MCA MEMPUNYAI  KEBIJAKSANAAN  UNTUK MEMILIH SATU PASUKAN  TERBAIK  YANG AKAN BERUSAHA UNTUK MASA DEPAN PEMUDA MCA DAN MCA.

PARA PEWAKILAN, WALAUPUN MISI  SAYA DALAM PEMUDA MCA TELAH TERCAPAI TETAPI MISI SAYA DALAM  MCA MASIH BELUM TERCAPAI. . SAYA MASIH BERSEMANGAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA NEGARA  DAN PARTI . MULAI ESOK, SAYA AKAN MEMULAKAN PERJALANAN  BARU DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN  YANG TINGGI.   MISI SAYA DALAM MCA BARU BERMULA.

SAYA SANGGUP MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MCA DENGAN  SEPENUH HATI DAN  BERUSAHA BERSAMA DENGAN MCA UNTUK MENJAYAKAN  PELBAGAI TRANSFORMASI  PARTI . SAYA BERHARAP PARA PEWAKILAN AKAN TERUS MENYOKONG SAYA DAN KITA SAMA-SAMA  BERUSAHA  DENGAN PRESIDEN PARTI DAN SEMUA AHLI JAWATANKUASA PUSAT UNTUK MELAKSANAKAN REFORMASI PARTI.

PARA PERWAKILAN,   DEMI TRANSFORMASI PARTI, KITA PERLU MENGAMBIL TIGA LANGKAH YANG  PENTING  ; IAITU BERUBAH, BERSATUPADU DAN BERTINDAK. PADA MASA MCA MENGHADAPI SAAT YANG PALING KRITIKAL, KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI  KEBERANIAN, KETABAHAN DAN KEAZAMAN UNTUK MEMBINA SEMULA  MCA SUPAYA SEMANGAT DAN NILAI ASAS KETIKA MCA DITUBUHKAN DAPAT DIPULIHKAN. SAYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MEWAKILI GOLONGAN GENERASI BARU DALAM PARTI  DAN MEMBERI SUNTIKAN BARU DALAM  PROSES TRANSFORMASI PARTI SUPAYA MCA AKAN MENJADI SEBUAH  PARTI YANG DINAMIK DAN MEMPUNYAI HARAPAN BARU.

DALAM PELBAGAI  SARANAN  YANG TELAH SAYA KEMUKAKAN, TERDAPAT SATU SARANAN  YANG AMAT PENTING BERKAITAN DENGAN PEMUDA DALAM PARTI KITA.  SAYA MENGANGGAP BAHAWA, MCA BUKAN SAHAJA PERLU MENGKONSOLIDASIKAN GENERASI TUA DAN MUDA, MCA JUGA  PERLU  MENAMPILKAN  MUKA-MUKA BARU DAN  PEMIMPIN-PEMIMPIN  MUDA SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN ZAMAN SUPAYA MCA AKAN  MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA  GOLONGAN MUDA PADA MASA  AKAN DATANG.

PROSES MEMUPUK PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA ADALAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN  PARTI DAN MEMBERI NAFAS BARU KEPADA PARTI .  PADA KETIKA  MCA DI BAWAH PIMPINAN TAN SRI LEE SAN CHOON, SAUDARA TAN KOON SWAN, TUN LING LIONG SIK DAN TAN SRI ONG KA TING,  MEREKA TELAH  MENGAMALKAN  GAYA  PIMPINAN DI MANA GOLONGAN MUDA  MEMIMPIN,  GOLONGAN  USIA PERTENGAHAN MEMBANTU DAN  GOLONGAN BERUSIA MEMBIMBING.  CARA INI TELAH MEMBOLEHKAN MCA  MENGHASILKAN  PENGGANTI-PENGGANTI YANG UNGGUL GENERASI DEMI GENERASI  DAN MAMPU MELANGKAH MAJU KE DEPAN.

PADA PENDAPAT SAYA, MCA HENDAKLAH BERAZAM UNTUK MENGEMBALIKAN GAYA PIMPINAN TERSEBUT  SUPAYA MCA AKAN MENJADI LEBIH DINAMIK . INI ADALAH MISI SAYA.  SELAIN DARIPADA PERUBAHAN DALAM  SISTEM PARTI , SAYA JUGA SANGGUP MEMIKUL TANGGUNGJAWAB  UNTUK  MENTRANSFORMASIKAN MCA  SUPAYA MCA MENJADI SEBUAH PARTI YANG BERSIFAT MUDA.  CARA INI AKAN MENGUATKAN SEMULA MCA DAN MEMASTIKAN MCA  TERUS HIDUP DALAM PERJUANGAN POLITIK.

SELAIN DARIPADA MEMUDAKAN PARTI KAMI, MCA HARUSLAH BERJUANG BERDASARKAN HASRAT PARTI DAN SEMUA PEMIMPIN  DAN AHLI  MCA HENDAKLAH MENDOKONG HASRAT PARTI.   SEBAGAI  PEMIMPIN YANG DIBERI MANDAT OLEH AKAR UMBI,  MESTILAH MENGINGAT DAN MEMAHAMI HASRAT AKAR UMBI. SEKIRANYA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN  TANPA BERDASARKAN HASRAT PARTI, SEOLAH-OLAH SEPOHON POKOK TANPA AKARNYA, IA AKAN TUMBANG APABILA DITIUP OLEH ANGIN KENCANG.

BERDASARKAN KEPUTUSAN PRU KE-13, AHLI-AHLI MCA DARI AKAR UMBI TELAH MENYAMPAIKAN ISYARAT YANG JELAS,  ANTARA MEREKA DARI KAWASAN-KAWASAN TERTENTU JUGA TIDAK MENGUNDI  KEPADA BARISAN NASIONAL, TERMASUK CALON-CALON  DARI MCA ,  INI JELAS MEMBUKTIKAN  BAHAWA KITA TIDAK MENDENGAR SUARA MEREKA DAN JUGA MENGABAIKAN MEREKA.  APABILA ASPIRASI AHLI PARTI DIKETEPIKAN , MEMANGLAH KITA JUGA AKAN HILANG SOKONGAN DARI  RAKYAT.

APA YANG PATUT DILAKSANAKAN IALAH MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN DI KALANGAN SEMUA AHLI MCA.  NILAI KEKITAAN INI AKAN MENDORONG MEREKA TETAP BERSAMA DENGAN MCA .  SEBALIKNYA JIKA SEORANG PEMIMPIN SENTIASA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI YANG BERTENTANGAN DENGAN  HASRAT  PARTI ATAU HANYA MENERIMA SEBAHAGIAN HASRAT PARTI  DAN  “SYOK SENDIRI”, AKHIRNYA  IA AKAN  MEMPERCEPATKAN PROSES KEMUSNAHAN PARTI.

OLEH ITU, PUCUK PIMPINAN MCA ATAU PEMUDA MCA MESTILAH RAJIN MENGUNJUNGI AHLI-AHLI DARI AKAR UMBI DAN ORGANISASI PARTI DI SETIAP NEGERI DAN KAWASAN UNTUK MENDENGAR SUARA MEREKA,  MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MEREKA, MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MEREKA DAN JUGA MEREALISASIKAN IMPIAN MEREKA. KITA PERLU INGAT, HASRAT AHLI PARTI ADALAH SEBAHAGIAN HASRAT RAKYAT,  HANYA DENGAN HASRAT AHLI PARTI DIHORMATI, BARULAH HASRAT RAKYAT AKAN DIPERTAHANKAN. PERMULAAN BARU MCA MESTILAH  BERSAMA DENGAN AKAR UMBI SECARA JUJUR IKHLAS UNTUK MEMBOLEHKAN KEBANGKITAN SEMULA MCA .

PARA PERWAKILAN,  BEKAS PEMIMPIN AGUNG REPUBLIK RAKYAT CHINA,  MAO ZEDONG PERNAH BERKATA” PELIKNYA JIKA TIADA  PUAK-PUAK DALAM PARTI  POLITIK. “.  SETIAP PARTI POLITIK  MEMANG ADA BERPUAK-PUAK,  TETAPI KITA TIDAK BOLEH TERIKAT OLEH POLITIK  BERPUAK-PUAK, KALAU TIDAK, MCA TIDAK AKAN BERSATU-PADU UNTUK SELAMA-LAMANYA.  KITA PERLU MENGETEPIKAN PERBEZAAN ANTARA PUAK DAN BERSATU-PADU SEMULA DALAM SATU PASUKAN DAN MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING DEMI KEBAIKAN PARTI. PENYATUAN SEPERTI INI PERLU DIUTAMAKAN.

BAK KATA PEPATAH “BERSATU KITA TEGUH”, APABILA SAMPAI  MASA YANG KRITIKAL TERUTAMA PEMILIHAN PARTI DIADAKAN, RAMAI  AHLI  AKAN  TERLUPA SLOGAN TERSEBUT DAN  TIMBULNYA  PERBALAHAN ANTARA AHLI. MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGHIRAUKAN PERPADUAN DAN PERSAHABATAN DI ANTARA AHLI.

BEKAS PRESIDEN MCA TUN LING LIONG SIK PERNAH BERKATA “ SIMPANLAH SEPARUH KATA-KATA YANG INGIN DISEBUT DARI BIBIR  ”UNGKAPAN INI  HARUS KITA RENUNGI SETELAH MCA MENGALAMI KEKALAHAN TERUK DALAM DUA  PILIHANRAYA UMUM YANG LALU.

PARA PERWAKILAN,  SAYA SENTIASA INGAT UNGKAPAN BERIKUT:” BERI RUANG UNTUK ORANG LAIN SUPAYA BOLEH JADI KAWAN LAGI PADA MASA AKAN DATANG .  APABILA PEMILIHAN PARTI BERLALU,  KITA MASIH BOLEH DUDUK SEMEJA MINUM TEH  DAN BERBUAL-BUAL.   JIKA HARI INI  KITA LAWAN BERHABIS-HABISAN SEHINGGA MENJADI MUSUH,  KEADAAN SEPERTI INI ADALAH MENYEDIHKAN.

OLEH ITU, SAYA BERHARAP  SELEPAS PEMILIHAN  PARTI, SEMUA AHLI  AKAN BERSATU SEMULA DAN TIDAK AKAN BERPUAK-PUAK LAGI.  MEREKA YANG MENANG DALAM PEMILIHAN HENDAKLAH BERUSAHA MENYATU-PADUKAN PARTI, MANAKALA MEREKA YANG KALAH JUGA HENDAKLAH TERUS BERJUANG DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN UNTUK MENGHADAPI MASA YANG KRITIKAL INI,   PERPADUAN DI KALANGAN AHLI  AKAN MEMBERI   KEKUATAN KEPADA MCA DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS MCA UNTUK MENGHADAPI LAWAN DENGAN TEGASNYA.

PARA PERWAKILAN, SETELAH KITA MEMPUNYAI HALATUJU  YANG JELAS DAN DAPAT BERSATU-PADU,  APA YANG KITA PERLUKAN IALAH TINDAKAN YANG KONKRIT. KITA TIDAK BOLEH BEROMONG KOSONG TENTANG IMPIAN TETAPI TANPA BERGERAK DARI TEMPAT ASAL.

KITA MEMERLUKAN KEAZAMAN YANG KUAT UNTUK MELAKSANAKAN SEGALA YANG DIRANCANG. SAYA MASIH INGAT BEKAS PRESIDEN PARTI TAN SRI ONG KA TING PERNAH BERKATA: “MELAKUKAN SESUATU DENGAN SIKAP YANG JUJUR”, MAKA KEBANGKITAN SEMULA MCA BERGANTUNG KEPADA SIKAP YANG JUJUR DI KALANGAN AHLI-AHLINYA.  MASA DEPAN  MCA HANYA AKAN TERJAMIN MELALUI  SETIAP USAHA YANG KITA LAKUKAN SENDIRI  BUKAN MELALUI  LAUNGAN SLOGAN.

KITA PERLU MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT,  MCA SEDANG BERADA DI LANDASAN TRANSFORMASI  DAN DALAM PROSES PEMBINAAN SEMULA UNTUK MENAMPILKAN WAJAH BARU. HANYA DENGAN TINDAKAN KONKRIT , BARULAH MCA TIDAK AKAN KETINGGALAN LAGI DALAM PERJUANGAN POLITIK.

PARA PERWAKILAN, DALAM FILEM BERTAJUK“UNBEATABLE” YANG  MEMBOLEHKAN BINTANG KECIL MALAYSIA CRYSTAL LEE  MEMENANGI ANUGERAH PELAKON TERBAIK DI SHANGHAI,  PELAKON LELAKI UTAMA NICK CHEUNG BERKATA BAHAWA “JIKA BERASA TAKUT,  SUDAH TENTU AKAN GAGAL DALAM SEUMUR HIDUP.  MCA TIDAK BOLEH BERASA TAKUT UNTUK MELAKSANAKAN TRANSFORMASI DAN PERUBAHAN, KERANA KEADAAN MCA  SEKARANG ADALAH PALING TERUK DAN MCA TELAH KALAH SEGALA-GALANYA.

KITA TIDAK MUNGKIN MENGALAMI KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN SEPANJANG HAYAT  DAN JUGA TIDAK AKAN BERADA DALAM KEADAAN KRITIKAL SEPANJANG MASA, KITA AKAN MAMPU MEMBANGKIT SEMULA DAN MENCAPAI TAHAP YANG LEBIH TINGGI.  ASALKAN KITA MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT SEPERTI  PELAKON UTAMA DALAM FILEM “UNBEATABLE”DAN JUGA MEMPUNYAI KEBERANIAN SERTA KEAZAMAN, AKHIRNNYA AKAN MUNCUL SEMULA SATU MCA  YANG BERWAJAH BARU.

LAGU TEMA DRAMA BERSIRI   HONG KONG YANG BERTAJUK ”TRIUMPH IN THE SKIES II “  MENGANDUNGI  LIRIK  YANG AMAT BERMAKNA IAITU, “ MASA YANG BERLALU TIDAK AKAN KEMBALI,  KENANGAN YANG SEDIH PATUT DILUPAKAN, CUBA LAGI UNTUK  BERTERBANG  TINGGI.”  ASALKAN KITA BERSATU-PADU DAN BERTABAH HATI, KITA TETAP AKAN BERUPAYA MEMBANGKIT SEMULA   DAN MELANGKAH KE  DEPAN DALAM KEADAAN YANG MENCABAR INI.

DENGAN KATA-KATA  ITU, SAYA MENGAKHIRNYA UCAPAN SAYA .  DENGAN IKHLAS HATI SAYA BERDOA AGAR KAMU SEMUA SENTIASA  SIHAT DAN BAHAGIA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: