Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, pada Ahad.
Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarangkecederaan.
Sumber TUDM ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
Katanya, siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. –