Agensi berkaitan kini bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan serangan siber oleh sekumpulan penggodam terhadap portal dan laman web milik kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan serangan itu bukan sesuatu yang baru dan pihak terbabit tidak memandang ringan sebarang ancaman itu.
DATUK SERI DR RAIS YATIM / MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Some of this area of confidentiality we need to say just this we are preparing ourselves for any eventuality trough the expertise given by the cybersecurity under moste ministry and suruhanjaya komunikasi dan multimedia.
Datuk Seri Dr Rais mengulas ancaman kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous.
Penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my kerana kerajaan didakwa melakukan pelbagai sekatan membabitkan laman perkongsian fail termasuk Pirate Bay.
Kerajaan juga kononnya melarang tayangan filem, televisyen dan menghadkan internet di negara ini.
Mengulas dakwaan itu, Datuk Seri Dr Rais berkata, kumpulan itu salah faham tindakan membanteras jenayah siber.
Tegasnya, tiada amalan penapisan internet di Malaysia kecuali membabitkan kesalahan jenayah.