Polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan pihak tertentu mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan di ibu negara malam ini.
Difahamkan, senjata tersebut ditemui oleh pihak polis di laluan pejalan kaki di belakang Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin.
Sementara itu, pasukan polis telah digerakkan untuk mengawal keselamatan orang awam di ibu negara malam ini
Difahamkan, bagi menjamin keselamatan orang awam yang ingin menyaksikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, kira-kira 300 anggota polis telah dikerahkan berkawal.