Kerajaan negeri Selangor ditempelak berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS yang merampas salinan kitab injil dan penerbitan Kristian, Khamis lalu.
Menurut Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, tindakan membisu kerajaan negeri sehingga kini hanya menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap agensi agama berkenaan.
Tambahnya, tindakan JAIS adalah mengikut Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa di dalam negeri Selangor.
Seksyen itu dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah Allah dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah.
Bagaimanapun, tindakan JAIS itu dipersoal oleh kerajaan negeri dan mereka diarah menyediakan laporan berhubung serbuan berkenaan.
Selain itu, cadangan tiga adun DAP Selangor meminta enakmen agama bukan Islam Selangor di pinda turut dipersoalkan.