PENULIS akui, menumbuk orang lain (kecuali mempertahankan diri) adalah satu tindakan bodoh yang tidak boleh diterima sama sekali, tapi 100 kali lebih bodoh lagi untuk orang yang bersikap rasis di hadapan sekumpulan manusia yang sedang berdemonstrasi.
Biarlah orang tu semua nak demo, yang kau maki kaum mereka kenapa?
Nak tunjuk rasis sekalipun dikalangan orang kau sajalah, yang pi bodoh sangat tunjuk depan orang Melayu tengah berdemo tu kenapa? Nasib kaulah dapat sebijik.
Atas sebab itu, penulis tidak menyalahkan orang ramai yang menumbuk lelaki Cina tersebut sepenuhnya kerana jelas disitu mereka diprovokasi, kalau ada di kalangan kaum ini yang gelar Melayu bodoh depan penulis pun, akan dapat sebijik juga.
Bagaimanapun, mungkin ramai orang tak bersetuju, tapi penulis berpandangan, hal ini sebenarnya terjadi kerana kedua-dua pihak sudah diprovok.
Yang lelaki cina itu diprovok oleh akhbar cina yang jadi alat parti pembangkang hari-hari bahawa orang Melayu ini bodoh sampai dia pun ambik tindakan bodoh, sementara yang memukul pula bertindak balas atas penghinaan yang dilemparkan kepada mereka dalam demonstrasi tersebut.
Jadi siapa yang mula? Dari segi individunya, lelaki Cina berkenaan, dari segi besarnya, pembangkang.
Maka itu penulis menyeru agar pihak polis bertindak adil dalam menyiasat hal ini. Kita semua memang tidak mahu keamanan dan keharmonian dalam negara ini tercalar kerana sentimen agama dan perkauman, tapi apa pun tindakan dan kenyataan lanjutan dari insiden ini, hendaklah bersifat adil.
Kalau tindakannya nanti bersifat berat sebelah, penulis bimbang masalah akan jadi bertambah besar dan dengan itu tidak menyelesaikan apa-apa.
Penulis sokong yang menumbuk dikenakan tindakan, tapi yang cetus provokasi pun jangan dilepaskan sama. Malah dari satu segi, penulis rasa, kedua-duanya memikul tanggungjawab yang sama, tapi kalau diberi pilihan, yang cetus provokasi tulah culprit yang sebenarnya.
Selain itu perlu juga disiasat bagaimana lelaki cina berkenaan boleh berada disitu? Penulis yakin ada yang menyuruhnya kerana sengaja nak cemarkan imej orang Melayu. Pendek kata siasatan itu nanti hendaklah menyeluruh, bukan setakat isu tumbuk saja.
Anwar guna taktik polong untuk kepentingan politik sendiri ni kita dah lama tahu. Dia sendiri cetus provokasi, tuduh orang lain salah bila bertindak balas, kemudian promosi macam dialah yang boleh selesaikan semua masalah.