Pembangkang sebagai raja fitnah sekali lagi gagal dalam misi jahat mereka. Tindakan secara tersusun para peniaga dan usahawan yang pro pembangkang untuk menaikkan harga secara tidak munasabah sedikit demi sedikit berjaya dipantau. Mereka bukan sahaja bertujuan untuk memburukkan imej Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menaikkan harga barangan. Peluru dua mata mereka ini bakal memakan diri mereka sendiri.
Para peniaga Cina yang hampir 100% menyokong pembangkang atas sikap tamak haloba dan tidak tahu bersyukur dengan membebankan pengguna dengan kenaikan harga melampau bakal diambil tindakan. Kerajaan telah memberi amaran kepada ‘orang tengah’ atau pembekal supaya jangan menaikkan harga barangan runcit 20 hingga 30 peratus di kawasan bandar-bandar utama di negara ini jika tidak mahu dikenakan tindakan.
Pihak kerajaan menerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di seluruh negara akan menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan bagi memantau harga barangan keperluan harian. Mereka akan mengenal pasti permasalahan penduduk bandar sebelum diketengahkan kepada pihak berkuasa tempatan dan kementerian untuk tindakan.
Ini merupakan antara langkah proaktif kerajaan dalam memantau aktiviti ‘orang tengah’ yang dikatakan memonopoli rantaian pasaran sehingga mampu menetapkan harga sesuatu barangan tanpa kawalan. Namun pengguna sentiasa perlu tahu bahawa kuasa pengguna lah yang sebenarnya bakal menentukan harga sesuatu barangan. Apabila permintaan pengguna terhadap barangan rendah dan penawaran barangan dari penjual tinggi maka penjual tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menurunkan harga barangan. Ini bagi mengelakkan lambakan barangan dan kos penyimpanan yang tinggi. Faktor ini bakal merugikan para peniaga.
Disamping itu juga kerajaan akan campur tangan sekiranya mekanisme harga yang digunakan ketika ini tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga membebankan rakyat. Agensi kerajaan dan pertubuhan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan memainkan peranan dengan menawarkan produk-produk makanan dengan harga lebih murah. Ini bakal menghapuskan monopoli peniaga Cina yang menyokong pembangkang menganiaya pengguna.
Demi menjaga kepentingan rakyat dari terus dianiaya oleh pembangkang kemungkinan FAMA akan menawarkan harga lebih murah lagi. Langkah kerajaan melakukan penstrukturan ekonomi bukan bertujuan membebankan rakyat tetapi untuk melonjakkan konomi demi kebaikan negara. Namun usaha ini cuba sedaya upaya digagalkan oleh pembangkang. Kegagalan melakukan perubahan pada struktur ekonomi akan menyebabkan Malaysia tidak dapat membebaskan diri daripada perangkap negara berpendapatan sederhana, pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan selain memberi tekanan kepada akaun semasa.
Rakyat perlu tahu bahawa defisit akaun semasa mesti dielakkan kerana ia akan menyebabkan penarafan diturunkan, seterusnya menyebabkan kos pinjaman bertambah, keyakinan merudum, kemasukan pelaburan asing terjejas selain mungkin memberi tekanan kepada bursa saham. Kefahaman ini perlu bagi memastikan rakyat turut sama menjayakan penstrukturan ekonomi.
Propaganda yang dicetuskan oleh pembangkang kononnya Malaysia mengalami kegawatan bertujuan untuk menimbulkan kekacauan. Rakyat perlu tahu bahawa Malaysia tidak berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi. Malaysia akan mengalami pertumbuhan lima peratus atau mungkin lebih pada tahun ini bergantung kepada perkembangan selanjutnya.
Ketamakan peniaga Cina yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nilai moral menjadi pengajaran amat berguna untuk bangsa Melayu. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan”(Hadis Riwayat Tirmizi). Dengan kata lain umat Islam perlu memegang ekonomi negara demi menjaga kesejahteraan rakyat dari dianiaya. Sama-sama kita berjihad demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita Malaysia.