Apakah tahun 2014 akan jadi tahun penuh BADI kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)?.
Bermula drama ‘perang’ Timbalan Presiden PKR Azmin Ali-Tan Sri Khalid Ibrahim, media sosial di laman siber pada Khamis dipanaskan pula dengan berita membabitkan dua Naib Presiden parti iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah dikatakan dilaporkan sudah memfailkan permohonan untuk cerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dikatakan sudah membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh (membatalkan perkahwinan) di mahkamah Syariah pada hujung Disember lalu.
Laporan itu juga menyebut Raja Ahmad Shahrir Iskandar sudah menerima petisyen berhubung permohonan Nurul Izzah pada 16 Januari lalu, namun meminta kes ditangguhkan selama dua minggu kerana beliau belum bersedia.
Bagaimanapun Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir bidak dapat dihubungi untuk mengulas mahupun mengesahkan berita mengenai perceraian mereka itu.
Semakan di laman Twitter beliau mendapati Nurul Izzah sedang menghadiri majlis Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia 2014 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di ibu negara manakala Raja Ahmad Shahrir tidak dapat dihubungi.
Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, pada pagi Khamis dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.
Lima hari lalu, ketika kemelut Azmin dan Khalid terus meruncing, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangani krisis sendiri setelah tidak dibenarkan masuk ke Jepun dan diusir pulang pada 19 Januari lalu.
Beliau kemudiannya dikecam kerana cuba menyalahkan kerajaan, khususnya Wisma Putra sebagai ‘tangan ghaib’ yang meminta kerajaan Jepun menafikan kebenaran untuk beliau memasuki negara berkenaan – dakwaan yang kemudiannya dinafikan Kedutaan Jepun di ibu negara.
nwar kemudiannya menafikan membuat dakwaan berkenaan – kali kedua Anwar mengheret kerajaan negara asing dalam hal ehwal politik dalam negara selepas dakwaan kerajaan membawa masuk puluhan ribu pendatang Bangladesh untuk didaftarkan sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.
Ketua Pembangkang itu jadi modal satira dan parodi Ultraman ekoran insiden tersebut.
Nampaknya, pimpinan tertinggi PKR sudah kena badi dan ianya turut menjangkiti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikecam kerana menghina negara Jepun dengan memijak bendera negara itu ketika berdemo di hadapan kedutaan bagi membela bosnya Anwar.
Belia yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka juga terdiam malu apabila gambarnya cuba berkempen agar orang ramai memboikot barangan Jepun tetapi berlatar belakang sebuah kereta mewah buatan Jepun.
Manakala Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon pula turut menerima kecaman hebat hinggakan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, DAP turut mendesak Ahli Parlimen Machang Bubuk, Pulau Pinang itu memohon maaf kerana menghina pemimpin negara apabila bertindak keterlaluan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika perdana menteri bagi membantah isu kenaikan harga barang.
Menjawab isu badi melanda pemimpin-pemimpin PKR ini, nampaknya ada yang kena cari bomoh mandi bunga