Ada sesuatu yang pelik pada perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak siang tadi.
Ada yang dilihat, tidak menghormati majlis.
Wakil DAP enggan memakai pakaian rasmi DUN.
ADUN Satok yang juga Menteri Perumahan Dan Pembangunan Bandar, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg, terkilan dengan kedegilan 12 wakil rakyat DAP terbabit.
DATUK SERI ABANG JOHARI TUN OPENG/ADUN SATOK.
Pihak DAP tidak menggunakan pakaian seragam ini seolah tidak menghormati keluhuran DUN kita dan kepada Yang Dipertua Negeri walaupun mereka dibenarkan pakaian yang mereka gunakan.
Beliau memuji sikap anggota PKR yang lebih berdisiplin dengan memakai pakaian seragam ditetapkan.
Sementara itu, Speaker DUN, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar pula memaklumkan, tiada paksaan berhubung memakai pakaian rasmi DUN.
DATUK SERI MOHD ASFIA AWANG NASSAR/SPEAKER DUN.
That is the arrangement they want to have whereby all the members wear suit instead of uniform so we dont want to force anybody wearing the DUN uniform the PKR they choose to wear the uniform so we provide.
Semalam Pengerusi DAP Negeri, Wong Ho Leng berkeras enggan memakai baju rasmi dengan alasan ia terlalu mahal.
Tambahan pula katanya, pakaian rasmi terbabit memaksa mereka memakai songkok dan mendakwa ia bertentangan dengan hak kebebasan agama.