Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan petang Isnin, bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekaligus menggantikan tempat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dispekulasikan.