Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Adakah PKR sudah jadi ‘Parti Kangkung Rakyat’? - pakdin.my

Parti Kangkung Rakyat
Parti Kangkung Rakyat

KALAU Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak dibandingkan dengan dinosaur atau sesumpah, yang mana satu dia?

Dinosaur, yang baru-baru ini dipercayai mungkin pernah hidup di negara ini berjuta-juta tahun dahulu, menunjukkan watak ahli politik yang hidup pada zaman yang lain.

Sesumpah, gelaran yang selalu dilabelkan kepada Anwar oleh pengkritiknya, menggambarkan ahli politik yang boleh bertukar warna atau malah bentuk mengikut keperluan mereka.

Atau barangkali, ketua pembangkang ini adalah satu makhluk yang sama sekali biarpun ketika mana dia membuat kita ternanti-nanti apa yang akan berlaku sejak beberapa hari lalu.

Pertama, ADUN Kajang yang mewakili PKR mengosongkan kerusinya tetapi Anwar menafikan beliau akan masuk gelanggang untuk jadi Menteri Besar Selangor biarpun banyak orang percaya begitu. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagaimanapun kemudian mengesahkan Anwar akan jadi calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Kajang. Banyak orang yakin alasannya tidak lain tidak bukan ialah untuk Anwar jadi Menteri Besar.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Banyak orang yang memerhatikan perkembangan ini hanya boleh garu kepala malah mereka yang duduk dalam kelompok yang dekat seperti ahli politik, penganalisis dan wartawanpun meneka-neka dalam samar.

Adakah ini bermakna ‘PKR yang utama, Pakatan Rakyat kedua, rakyat kemudian’?

Di dunia maya, Parti Keadilan Rakyat sudah diberi nama baru iaitu ‘Parti Kangkung Rakyat’ — keterbalikan usik-usik politik yang sebelum ini terkena pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada apa yang dikatakan oleh banyak orang, adalah jelas bahawa “sarkas” politik ini menyebabkan banyak orang marah. Satu tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh Astro AWANI mendapati hampir 60 peratus responden berpendapat adalah tidak wajar bagi seorang wakil rakyat meletakkan jawatan atas alasan politik. Lapan peratus pula mengatakan mereka tidak peduli.

Di gelanggang politik, nampaknya Barisan Nasional tidak perlu untuk menghentam Pakatan Rakyat seperti biasa kerana banyak pihak termasuk di kalangan NGO menyifatkan pemimpin PKR sudah masuk perangkap sendiri gara-gara keadaan yang memeningkan kepala ini.

Malah rakan dalam Pakatan Rakyat sendiri pun garu kepala.

Pemuda PAS Selangor mengancam akan memulaukan kempen dan PAS negeri juga menimbang akan menamakan calon Menteri Besarnya sendiri jika Anwar benar-benar maju untuk ke jawatan itu. DAP juga kelihatan menyimpan rasa apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya menjawab “tiada komen” beberapa jam selepas semua ini berlaku.

Ketika Anwar menawarkan rundingan dengan BN atas nama “konsensus nasional” untuk isu-isu yang kritikal, nampak ada yang tidak kena apabila tumpuan sekarang ialah pada konsensus dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Pilihan raya kecil: Helah Anwar

Persoalannya, kenapa Anwar dan PKR sedia mengambil risiko dengan langkah ini?

Kita hanya perlu lihat kepada kedudukan PKR di Selangor. Ada yang mengatakan bahawa DAP dan PAS tidak puas hati dengan cara PKR, atau Khalid khususnya, mengendalikan isu serbuan danrampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu kalimah Allah keseluruhannya.

Menurut pemerhati politik, untuk menamatkan tanda tanya mengenai PKR dan memberi suntikan baru kepada parti itu terutamanya ketika dia bersiap sedia untuk pemilihan penting PKR pada Mac, maka Anwar melakukan ‘gerak taktikal’ ini.

Dengan PAS bertapak kukuh di Kelantan dan DAP sinonim dengan Pulau Pinang, tidak keterlaluan untuk membayangkan bahawa Anwar juga mungkin mengharapkan kaitan yang sama bagi PKR di Selangor. Dengan Selangor yang diterajuioleh PKR yang lebih kuat, parti itu juga berharap ia akan berakar umbi di negeri yang paling kaya dan membangun itu.

Jika menang selesa di Kajang, Anwar bukan hanya akan menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan siapa sebenarnya ketua, dia juga akan selesa mengharungi pemilihan PKR dan sebagai bonus, akan memalukan BN yang sudah menggiatkan usaha sejak selepas PRU-13.

Biarpun cara bagaimana langkah ini diambil mengejutkan banyak pihak, di kalangan pemerhati politik ia bukanlah satu kejutan. Anwar diketahui pernah memaksa pilihan raya kecil diadakan. Pilihan raya kecil dikatakan muslihatnya.

Pada Julai 2008, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi parlimennya di Permatang Pauh untuk membolehkan suaminya itu bertanding.

Pada April 2009, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga dari PKR, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi DUN Penanti.

Tetapi bagaimana dengan soal pembaziran wang rakyat dan kedudukan moral ahli politik yang ‘mengkhianati’ pengundi?

Ada yang mungkin berpendapat bahawa langkah PKR ini bukan sesuatu yang ‘baru’ kerana pada 1997, BN juga mengatur satu pilihan raya kecil di Permatang bagi membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Tetapi ada juga yang berpendapat, seperti yang telah ditegaskan oleh Bersih 2.0, mengosongkan kerusi sesuka hati adalah satu “pengkhianatan”. Badan pemantau pilihan raya itu merujuk kepada krisis perlembagaan Perak pada 2009 apabila wakil rakyat DAP, Hee Yit Foong lompat parti dan seterusnya membolehkan negeri itu diambil alih oleh BN.

Barangkali satu-satunya cara untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang ialah dengan menimbangkan cadangan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang iaitu mengenakan hukuman ke atas mereka yang lompat parti atau meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah.

Anwar, sang ‘naga sakti’

Ketepikan semua persoalan itu dulu, jujurnya, adakah perkembangan ini baik untuk negara?

Adakah krisis reputasi PKR ini lebih buruk kalau dibandingkan dengan senarai wakil rakyat yang lompat parti atau keluar parti? Bolehkah Pakatan Rakyat mengetepikan dakwaan munafik? Dan akhir sekali, apakah ertinya ini bagi seorang yang disifatkan oleh penyokong tegarnya sebagai penyelamat Malaysia?

Bagi Anwar, yang telah melalui sepak terajang politik sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan melalui sekurang-kurangnya tiga skandal seks dan hari ini jadi pemimpin de facto pembangkang, menjadi Menteri Besar Selangor mungkin bukan cabaran yang sukar.

Ya, memang ada masalah di negeri itu yang perlu ditangani — daripada soal sampah kepada soal air sampailah soal jalan berlubang, dan juga masalah dalam parti dan sekarang, masalah imej Anwar yang dilihat gila kuasa.

Tetapi jika Anwar boleh meyakinkan rakan-rakan politiknya, Sultan Selangor dan rakyat terutamanya di Selangor, siapa tahu, dia mungkin akan jadi Menteri Besar terbaik yang pernah Malaysia lihat.

Atau apakah rakyat akan mengenangnya sebagai haiwan politik yang tidak pernah berubah atau selalu berubah?

Hanya rakyat yang akan jadi hakim, juri dan algojo.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: