Selepas pilihanraya ke 13, rakyat Malaysia menjadi marah akibat daripada tuduhan demi tuduhan yang belum lagi terjawab. Walaubagaimanapun, hari demi hari, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan realiti bahawa cerita fiksyen kononya“Rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih gembira jika Pakatan Rakyat menang” telah lama hancur.
Sememangnya kebenaran itu menyakitkan apabila segala macam propaganda dan terma demokrasi telah digunakan di dalam alam maya untuk mewujudkan satu realiti yang sememangnya tidak boleh diwujudkan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Walaupun banyak kelemahan, keinginan rakyat untuk melihat Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya umum adalah lebih selamat daripada Pakatan Rakyat yang tiada siapa pun tahu keupayaannya.
Komponen parti Pakatan Rakyat bersatu dan berpecah mengikut isu yang mereka terpaksa hadapi. Mereka tidak konsisten di dalam perjuangan mereka, dan inilah yang menjadi tanda aras kepada keupayaan mereka.
Dalam kontroversi terbaru dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari memasuki Jepun, hanya Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan diatas kapasiti beliau sebagai penasihat parti DAP. Parti komponen lain seperti PAS dan DAP tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Sehingga hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan memohon maaf diatas tindakan penyokong beliau yang telah memijak dan membakar bendera Jepun, ini adalah tindakan yang sangat tidak baik untuk hubungan antarabangsa.
Pada 24 Januari 2013, akhbar nasional berbahasa Inggeris, The Star telah melaporkan bahawa prinsip Pakatan Rakyat terhadap penggunaan kalimah “Allah” masih tidak berubah walaupun Majlis Syura PAS telah mengambil keputusan bahawa ianya tidak boleh digunakan oleh mana-mana penerbitan agama selain Islam. Walaubagaimanapun, prinsip tersebut hanyalah untu gimik pra pilihanraya umum ke 13. Sungguhpun Pakatan Rakyat telah diberikan mandat untuk memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka pada awal bulan Januari apabila mereka tidak mampu untuk menangani isu kalimah “Allah”.
Adakah ini boleh dikira sebagai pemerintahan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nampaknya mereka tidak dapat menjalankan tugas secara efektif dan lebih mudah bagi mereka untuk menyalahkan orang lain dan mengharapkan setiap isu yang timbul akan selesai dengan sendirinya. Jika Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menguruskan isu mudah seperti ini, bagaimana jika mereka memerintah Malaysia?
Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang ke 12 dan 13, kini terdapat kekurangan wakil bangsa Cina, India dan pelbagai lagi golongan etnik di dalam kerajaan. Kelemahan parti etnik yang berlainan di dalam Barisan Nasional telah menyebabkan kejatuhan sokongan kepada parti tersebut. Namun begitu, siapa yang benar-benar rugi di dalam perkara ini? Sudah semestinya rakyat Malaysia. Mereka terlalu asyik untuk menundukkan kerajaan persekutuan sehingga mereka lupa akan kehancuran yang mereka bawakan untuk bangsa mereka sendiri.
Jika terdapat golongan yang bermasalah seperti pelajar dan sebagainya, siapakah yang membantu mereka? Adakah Pakatan Rakyat yang mampu menolong golongan ini? Dengan tidak memperolehi majority di dalam pilihanrayayang lepas mereka tidak boleh membantu untuk membuat apa-apa pun. Bekas pemimpin BN yang kalah bertanding juga tidak mampu membuat apa-apa kerana mandat telah diberikan kepada Pakatan Rakyat, perkara ini terjadi terutamanya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Terlalu ramai pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang sehingga kini belum lagi membuktikan keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin. Paling teruk ialah, Pakatan Rakyat sendiri yang sibuk meniup api perkauman yang semakin lama semakin memisahkan rakyat Malaysia.
Kepemimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan perjumpaan di Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Januari 2014 untuk memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat Johor dalam objektif mereka untuk menjayakan Johor Dream supaya Johor akan dijadikan negeri barisan hadapan apabila Pakatan Rakyat bergerak untuk kempen pada PRU ke 14 akan datang. Mereka masih lagi mengimpikan untuk menawan Putrajaya. Mereka masih belum lagi mencadangkan apa-apa proposal yang konstruktif contohnya di dalam bidang pendidikan atau menyelesaikan isu JAIS yang semakin meruncing di dalam negara ini. Apa yang mereka berjaya lakukan adalah menipu dan terus menipu rakyat dalam usaha mereka menakluki Putrajaya.
Sebelum PRU13, Anwar asyik bercakap tentang kabinet bayangan dan buku Jingga yang menjadi kebangaan Pakatan Rakyat. Fakta sebenarnya, Pakatan Rakyat sendiri tidak faham dan setuju dengan apa yang mereka katakan sebagai polisi pendidikan mereka. Terlalu banyak isu utama yang mereka tidak selesaikan di dalam 5 tahun yang lepas, adakah mereka rasa mereka sudah cukup mampu untuk memerintah negara ini?
Barisan Nasional bukanlah sempurna dalam segala-galanya tetapi semua pemimpin BN faham akan mekanisma pemerintahan yang baik. Semua pemimpin Barisan Nasional adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dan ini juga dengan dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan yang amat terlatih. Hakikatnya BN jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Apakah akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang?
Masyarakat Segera
Rakyat Malaysia adalah masyarakat segera. Mereka mahu Barisan Nasional menyediakan penyelesaian segera apabila Barisan Nasional sudah menampilkan sesuatu polisi. Mereka mahu segalanya segera. Tetapi mereka sanggup menutup sebelah mata apabila sesuatu polisi yang dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengubah-ubah pendirian mereka.
Dalam keadaan tidak stabil yang telah disebabkan oleh Pakatan Rakyat akibat dari kelemahan mereka, tidak mustahil akan terjadi satu perubahan besar pada PRU-14 akan datang. Kemungkinan Barisan Nasional akan menang dengan lebih besar lagi. Rakyat Malaysia perlu mempraktikkan kebolehan akal fikiran mereka untuk memilih satu kumpulan yang lebih baik iaitu Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Adalah lebih baik untuk memilih syaitan yang dikenali (akibat daripada fitnah Pakatan Rakyat) daripada jatuh kedalam lautan ketidakpastian apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan.
Apa yang pasti adalah, angin perubahan yang ditiupkan adalah tidak sama seperti selalu. Ada angin yang menjadi taufan yang akhirnya akan menghancurkan, ada pula angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu memilih angin mana yang bersesuaian dengan mereka, janganlah memilih angin yang bakal menghancurkan apa yang selama ini telah dibina oleh nenek moyang kita.
Barisan Nasional masih lagi pilihan untuk kestabilan, pembangunan dan perpaduan sekalipun para musuh sedang bekerja keras ingin memastikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Tidak kira apapun penipuan yang dijual oleh Pakatan Rakyat, kebenaran pasti akan menang.
Selepas PRU-14, Perdana Menteri Malaysia akan menikmati pemerintahan yang gangguan dimana ketika itu segala menifesto akan dijalankan dengan lancar. Malaysia bukan sahaja sebuah masyarakat segera tetapi juga kurang sabar. Lagi radikal sesuatu menifesto untuk perubahan yang tidak terancang, lagi kuat penolakkan yang akan dapat kita lihat daripada rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat.
Keputusannya adalah semakin positif kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai keberanian untuk mengarahkan perubahan secara berperingkat untuk memajukan Malaysia. Ini adalah lambang pemerintahan yang berjaya dan berani kerana walaupun disaat beliau diserang hebat dengan isu-isu hebat dan juga remah (seperti isu kangkung) beliau masih lagi boleh berdiri dan melakukan perkara yang benar.
Sudah tiba masanya rakyat malaysia memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Malaysia dan bukannya menghina kerajaan dan pemimpinnya, jangan diikutkan sangat permainan pembangkang. Dengan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan persekutuan, perjalanan pemerintahan negara ini boleh diangkat dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan oleh kita semua.