Laban Rata di Gunung Kinabalu dilaporkan diselaputi frost atau embun beku, menjadikan kawasan sekitarnya seperti bersalji.
Fenomena ini dilaporkan belum pernah direkodkan sebelum ini.
Sehingga hari ini, fenomena itu dilaporkan masih kelihatan pada awal pagi.
Laban Rata pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut adalah tempat persinggahan pendaki sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Kinabalu setinggi 4,095 meter.
Ia menyediakan kemudahan tempat bermalam serta restoran.
Namun sejak semalam, kawasan ini dilaporkan diselaputi embun beku yang terbentuk akibat cuaca sejuk pada awal pagi.
Difahamkan, suhu di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari.