Susulan kes bapa mengelar hingga mati anak yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anaknya, di Bandar Baru Bangi, Khamis lalu.
Polis kini menyiasat sebarang kemungkinan termasuk sama ada suspek terlibat dalam ajaran sesat
Menurut Datuk Abd Rahim, suspek masih dirawat di hospital dan ditahan reman sehingga 6 februari ini.
Tambah beliau, kedua-dua anak suspek yang cedera kini stabil dan masing-masing masih ditahan di dua hospital berasingan.
Beliau ditemui di bandar baru bangi, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.15 petang khamis lalu, suspek turut mencederakan dua lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 tahun.
Seorang cedera di tengkuk.
Seorang lagi putus jari tangan.
Polis menemui suspek dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu dua jam kemudian.