Lawak!!! Ingat hanya seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam yang menyifatkan ‘Bapa Sandiwara Negara’Anwar Ibrahim sebagai ‘Pemimpin Bertaraf Dunia’.
Menurut Azmin, Ketua Pembangkang itu di perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.
“Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih 30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja, tetapi dia pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.
“Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat semalam.
Ada yang mengatakan, kenyataan Azmin itu agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan tersebut lebih bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah ‘pukul dalam senyap’.
Ini kerana Azmin yakin dan sedar, kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan mentertawakan Anwar sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin tercalar.
Masakan tidak, pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
Kesimpulannya, tindakan Azmin mengatakan Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali untuk membodek, tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.
Ini kerana, tindakan Anwar untuk bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang Azmin yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor juga bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Ertinya Azmin sedar, Anwar cuba membunuh 2 ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain membunuh Khalid yang dilihat tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu menghalang atau paling tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu ketika dahulu pernah dilihat sebagai ‘anak emas’ atau bakal pengganti kepada Anwar.