Teresa Kok bukanlah antara pemimpin DAP yang suka sangat bikin bising macam Tony Phua yang sentiasa cuba cari publisiti murahan.
Bagaimanapun, dalam diam, ahli Parlimen Seputeh itu sudah jadi pelakon.
Cuma lakonan sebagai moderator bersama tiga watak lain seperti dipaparkan melalui You Tube pada malam sambutan Tahun Baru Cina (CNY) amat kurang ajar dan biadap.
Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu beliau mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sesiapa yang sudah menonton video itu tahu tujuan Teresa Kok atau kemungkinan DAP menerbitkannya.
Beliau dengan jelas untuk menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapan video Tahan Baru Cina itu. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya Ahli Parlimen terutama berbangsa Cina.
ini adalah tindakan yang amat jijik dan tidak mencerminkan seorang rakyat malaysia yang sayangkan keamanan. lebih-lebih lagi ianya di lakonkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak kira dari parti mana pun, apabila sampai hari perayaan elemen positif harus di ketengahkan. Teresa Kok memilih untuk menimbulkan lebih banyak masalah bukannya membantu menyelesaikan masalah.
Beliau langsung tidak memikirkan memikirkan sensitiviti ketika rakyat Malaysia menyambut Tahun Bahu Cina.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil pendirian tegas mengutuk keras tindakan Teresa bersama-sama tiga tetamu itu dilihat cuba menanam benih kebencian terhadap kerajaan dengan pelbagai tuduhan.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda itu, Mohd Razlan Muhammad Raffi, video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa Kok di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas nahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan melalui kenyataan-kenyataan menghina serta menghasut kaum itu membenci kerajaan.
“Teresa Kok perlu untuk diberikan pengajaran diatas kebiadapanya ini bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum,” katanya di ibu negara, Sabtu .
Mohd Razlan berkata,rakyat Malaysia juga mahu terus menikmati hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan dari manusia seperti Teresa Kok. DAP tidak boleh lepas tangan dengan apa yang sudah dilakukan Taresa Kok.
Sama ada ianya diketahui parti atau tidak, DAP kena bertanggung jawab terhadap penghinaan melampau pemimpin mereka terhadap pemimpin negara ketika masyarakat Cina sedang menyambut Tahun Baru.
Jika dalam keadaan inipin DAP tidak sensitif bermakna mereka yang menconteng arang di muka kaum mereka sendiri.