Tidak pernah terjadi dalam sejarah di mana seorang pemimpin kafir di negara ini mempertikai isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan khas kepada umat Islam.
Namun, perkara ini berlaku pada Jumaat lalu di mana Lim Kit Siang mempertikai khutbah JAKIM sebagai bertentangan dengan slogan ‘kesederhanaan’ Perdana Menteri dan mampu mencetuskan perpecahan. Beliau juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘amat dikesalkan’.
Khutbah JAKIM tersebut adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT seperti berikut:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).”
Terlebih dahulu, teks khutbah tersebut menyatakan bahawa “perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.”
Nampaknya, Lim Kit Siang hanya membaca teks ini di perenggan pertama dan kemudiannya memanipulasinya bagi mencipta persepsi bahawa JAKIM/Islam/umat Islam atau kerajaanlah membenarkan dan menjadi punca perpecahan.
Jika kita meneliti teks khutbah tersebut sehingga akhir, maka kita akan faham kenapa Kit Siang terguling-guling kepanasan bagaikan termakan sebakul cili.
Kandungan khutbah tersebut pada dasarnya mengajak kepada perpaduan ummah dengan mengingatkan berkenaan usaha berterusan dari pihak musuh untuk memusnahkan tembok yang melindungi hak Islam dan umatnya. Ia seterusnya mengajak umat Islam bersatu memastikan keamanan negara dan tidak bersubahat dengan musuh Islam itu.
Jelas bahawa perkara inilah yang amat ditakuti oleh Kit Siang, iaitu ‘perpaduan’ yang diseru oleh JAKIM mampu menyerlahkan dirinya sebagai pencetus perpecahan.
Ayat AlQuran yang dipetik oleh JAKIM yang menyatakan bahawa penganut Kristian dan Yahudi tidak akan akan suka kepada umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka telah terkena tepat ke batang hidung Kit Siang.
Seperti yang dapat kita lihat sendiri Kit Siang dan partinya DAP merupakan penyokong utama, kalaupun bukan dalang kepada provokasi Kristian mengenai Kalimah ‘Allah’. Provokasi Kristian dalam isu ini tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk memurtadkan umat Islam secara muslihat atau penipuan, semata-mata kerana ‘tidak suka kepada Islam’.
Selain itu, kita juga telah dibongkarkan bagaimana NGO-NGO yang menyokong provokasi Kristian di negara ini kebanyakannya mempunyai hubungan dengan rangkaian Yahudi melalui OSI, NED, IRI atau yang sewaktu dengannya.
Kita juga tahu bahawa NGO-NGO yang sama turut menjadi juara dalam isu LGBT. NGO-NGO ini merupakan kumpulan pendesak agar LGBT diiktiraf, serta perlakuan seksual songsang mereka diterima sebagai hak asasi manusia.
Semua ini mengukuhkan lagi ayat Allah SWT di atas bahawa pihak Kristian dan Yahudi akan memaksa cara hidup mereka ke atas umat Islam, dan tidak akan berhenti sehingga berjaya.
Justeru JAKIM menyimpulkan bahawa apa yang mampu menghalang desakan kumpulan Kristian dan Yahudi yang bertopengkan DAP dan PKR ini ialah penyatuan ummah. Umat Islam tidak mampu berpecah dalam menghadapi ancaman musuh Islam ini.
Kita boleh berhujah bahawa Islam itu tidak memerlukan perlindungan kerana berada di tempat yang tinggi jauh di dalam hati muslimin dan muslimat, tidak boleh dihapus atau dibuang oleh mana-mana pihak luar. Namun, yang menjadi subjek di sini bukanlah kedudukan Islam di dalam hati umatnya, tetapi kedudukan umat Islam di negaranya sendiri.
Malang sekali apabila umat Islam yang berada di negara sendiri perlukan perlindungan dari pencerobohan dan penguasaan musuh yang ingin memusnahkan asas kenegaraan yang bersandarkan agamanya.
Oleh itu, kita ingin bertanya Kit Siang, jika negara majoriti Kristian berhak meletakkan agama Kristian sebagai rujukan utama undang-undang dan polisinya, kenapa negara majoriti Islam perlu didesak untuk menerima semua agama sebagai sama?
Setujukah Kit Siang bahawa jawapannya ialah kerana wujudnya kumpulan Kristian dan Yahudi yang ‘tidak suka’ atau ‘tidak senang’ terhadap apa saja yang berkaitan Islam?
Hakikatnya, segala permasalahan ini telah pun diperingatkan kepada manusia di dalam Al-Quran walaupun pada ketika ayat ini diturunkan, Malaysia masih belum lagi wujud. Sesungguhnya, tiada yang tidak benar di dalam AlQuran melainkan yang benar-benar belaka sama ada ia berkaitan sains dan alam semesta, ataupun mengenai sikap dan perangai kaum dan bangsa.
Mungkin Lim Kit Siang tersentak apabila membaca ayat khutbah tersebut yang terkena tepat kepada dirinya. Mungkin kerana itulah Kit Siang berusaha sedaya upaya untuk memutarbelit khutbah tersebut bagi memperlihatkan keburukan di pihak JAKIM atau Islam itu sendiri.
Apa yang pasti, tiada salahnya JAKIM mengajak kepada perpaduan ummah sambil berpesan agar menjaga keamanan negara.
Tiada salahnya mengajak umat Islam agar berhati-hati dengan hasutan musuh dan pengkhianat negara.
Benar bukan semua Kristian itu pengkhianat dan bukan semua Yahudi itu jahat dan mereka yang tidak khianat dan tidak jahat tentu sekali tidak akan melenting dengan khutbah JAKIM ini.
Hanya yang termakan cili sahaja yang terasa pedas. Hanya yang bersalah sahaja yang akan merasa cuak. Kit Siang terasa pedas atau cuak? Atau sekadar merasa benci yang amat sangat terhadap JAKIM?