Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes tembak mati Lans Koperal Polis T. Thivakar petang semalam.
Suspek yang juga rakan setugas mangsa diberkas lewat petang semalam di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 30-an ditahan di balai polis Travers dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Thivakar 37 tahun, yang juga polis cawangan khas ditemui mati dengan kesan dua tembakan di kepala di Jalan Negeri Sembilan Bukit Persekutuan ibu negara petang semalam.
Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Polis menemui dua kelongsong peluru berhampiran mangsa.