Bekas pembantu peribadi ahli Parlimen Seputeh, Tony Tan mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan wakil rakyat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, siang tadi.
Tindakan itu dilakukan bertujuan membersihkan namanya.
Tony turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan patung kung fu Teresa Kok bagi tujuan kempen pada PRU13 untuk dana DAP.
Tony menjelaskan Teresa telah menuduhnya menyalahgunakan wang parti hingga menyebabkan dia dipecat tetapi hakikatnya menurut Tony, dia sebenarnya meletak jawatan.
Manakala seorang anggota DAP, Danny Leong Eng Tiom yang menerima surat saman RM10 juta daripada Teresa turut mengemukakan bukti untuk membersihkan namanya.