Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
“Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia,” tulis beliau di Twitter.
Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.
Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran ‘Man Namblast’ menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: “Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave.”
Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.