Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.
Dia turut mengatakan, ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Persoalannya ialah, apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja, ajaran Islam akan berkembang?
Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambil alih peranan tersebut.
Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah, bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur, bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus?
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang. Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan tersebut.
Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologi pluralisme? Bukankah pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam?
Sebagai contoh, Anwar ketika menyampaikan ucapan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antara lainnya mengakui fahaman The Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan), KONSEP KESAMARATAAN AGAMA, menafikan konsep benar dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity).
“Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently”. (LSE London, Mac 2011)
Seterusnya Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap ‘bahaya’ kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.
Kesimpulannya ialah, Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini. Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat, tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di Selangor.