Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.
Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.
Mungkin kerana khuatir Anwar ditolak oleh majoriti pengundi di Kajang, Badrul mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar di kesan berada di Kajang.
“Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA” ujar anak saudara kepada Anwar itu.
Anwar sebelum ini ibarat ‘cacing kepanasan’ apabila GAGAL membuktikan fitnah yang dilemparkan kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh telah mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.
Antara hujah yang digunakan ialah, kononnya ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku dan sebagainya. Namun apa yang lebih memalukan, ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu adalah merupakan ahli parti itu sendiri.
Dia juga berulang kali memainkan isu ’40,000 pengundi Bangla’ di sepanjang kempen ‘Black 505’ bagi meminta rakyat menyokong desakan untuk menolak keputusan PRU-13. Namun apabila himpunan tersebut GAGAL menarik sokongan seperti yang diharapkan.
Tidak tahan dengan asakan yang mencabarnya untuk membuktikan fitnah yang dilemparkan itu, Anwar akhirnya terpaksa membuat ‘pusingan u-turn’ dengan menafikan dia pernah membangkitkan isu tersebut.
“Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen sebelum ini.
Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, beliau memiliki bukti Ketua Pembangkang itu pernah membuat dakwaan sedemikian menerusi teks ceramah dan juga daripada media-media pro pembangkang.
‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula.
‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina,”
“Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu”, katanya sebelum ini ketika mengulas kenyataan ‘u-turn’ Anwar.
Kesimpulannya isu warga asing ini sengaja diwujudkan agar dapat dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat. Sekiranya sebelum ini rakyat Bangladesh dijadikan mangsa, kini tiba giliran warga Myanmar pula dijadikan sebagai korban.
Mungkin kerana takut ditertawakan oleh rakyat, sekiranya dia membangkitkan semula isu pengundi hantu ini, maka jalan terbaik adalah menggunakan ‘anak saudaranya’ sebagai kambing hitam dan persediaan sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi Dun Kajang.
Dengan cara ini, mungkin Anwar boleh menutup malu dengan mengatakan ’40,000 ribu pengundi Myanmar’ adalah punca kekalahannya di Dun Kajang.