Tiga pelajar Sekolah Menengah Buloh Kasap, Segamat Johor mati lemas, manakala lima yang lain masih hilang dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Ketika kejadian mereka dikatakan sedang beriadah di tepi Sungai Buloh Kasap sebelum dua daripada mereka lemas.
Tiga mangsa lemas
1. Mohd Hafizul Daniel Norhashim, 16 Tahun
2. Mohd Zikri Zaidi, 14 Tahun,
3. Nazirul Aminudin Zamri, 15 Tahun
Menurut saksi, dua lagi cuba membantu, namun turut hilang sehingga lima rakan mereka terjun ke sungai sebelum semuanya hilang.
Tiga mayat yang ditemui petang tadi ialah: Mohd Hafizul Daniel Norhashim, 16 Tahun, Mohd Zikri Zaidi 14, Dan Nazirul Aminudin Zamri, 15 Tahun.
Kesemua mereka tinggal di Taman Mewah.
Manakala lima yang masih hilang ialah: Mohd syafiq md syukur, 16 tahun, mohd izuan hakimi amir, 13, mohd hafizuddin kamal, 16, mohd zati zaidi, 16 dan mohd nazrul zainal, 14 tahun.
Jurucakap balai bomba dan penyelamat segamat berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 10 pagi, sebaik menerima panggilan.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis serta pasukan bomba dan penyelamat masih diteruskan.