Perbicaraan kes pasangan Malaysia yang didakwa di mahkamah Sweden atas tuduhan memukul anak mereka.
Mahkamah yang mendengar keterangan anak salah seorang pasangan itu dimaklumkan pukulan ibu tidak sakit tetapi memberi kesan seumur hidup.
Namun bagi Shalwati Norshal, keterangan anaknya itu tidak benar dan sengaja diperbesar-besarkan.
Ammar menceritakan dengan terperinci bagaimana dia dipukul oleh ibunya shalwati kerana tidak membantu kerja rumah atau tidak membuat kerja sekolah.
Mahkamah mendengar kenyataan anak lelaki sulong pasangan dalam video rakaman dengan pegawai penyiasat.
Kata Ammar dia sedih apabila selalu dipukul dan tidak lagi melihat jika ada kesan pada anggota badannya.
Peguam Shalwati yakin mereka mampu membidas tuduhan pendakwa kerana apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu tidak boleh disahkan oleh saksi.
Bukti lisan Ammar selama 9 jam itu lebih panjang berbanding temubual dengan adik beradiknya.
Mahkamah dijangka menyiarkan video keterangan -Aisyah dan Adam minggu depan.