Masalah kira-kira dua juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang belum mendapat bantuan itu dijangka diselesaikan selewat-lewatnya bulan depan.
Masalah itu timbul berikutan tempoh memproses kira-kira lapan juta permohonan yang berjaya terlalu singkat iaitu dari tarikh tutup permohonan pada 31 Jan lepas hingga tarikh dilancarkan pada 22 Feb lalu.
Kira-kira enam juta permohonan berjaya diselesaikan pada 22 Feb lepas iaitu bagi pemohon awal yang terdahulu menyertakan nombor akaun mereka dan secara berperingkat bermula 23 Feb lepas bagi yang tidak mempunyai nombor akaun.
Adalah diharapkan penerima BR1M 3.0 bersabar dan perkara ini akan diselesaikan selewat-lewatnya bulan Mac