Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak beberapa pemimpin PKR negeri itu yang dilihat cuba menekan dirinya untuk mendedahkan dokumen penstrukturan semula industri air Selangor.
Jelas Tan Sri Khalid, pihaknya tiada masalah mendedahkan apa yang ditanda tangani melalui enakmen kebebasan maklumat Selangor 2011 tetapi kerajaan persekutuan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, OSA.
Beliau berkata demikian sebelum rakaman program soal jawab di Sri Pentas, Bandar Utama.
Topik berkaitan MOU penstrukturan semula industri air Selangor.
Turut menjadi tetamu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Program akan ke udara jam 11 malam esok di TV3.
Isu air Selangor menyaksikan krisis antara pemimpin PKR .
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta Pengarah Strategi Parti itu Rafizi Ramli dilihat tidak sehaluan dalam isu berkenaan.