Keseronokan selepas menikmati makan malam bersama teman wanita bertukar tragedi.
Apabila kereta yang dipandu seorang pemuda terbabas dan terseret sejauh 500 meter.
Kemalangan berlaku di Kilometer 17.2 Lebuh Raya Damansara Puchong pukul 12 tengah malam tadi.
Mangsa yang menaiki kereta jenis Wira itu dikatakan hilang kawalan lalu kenderaan terbabit berpusing beberapa kali sebelum menghentam penghadang jalan.
Mangsa dikenali sebagai N. Nesa Raja 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan mati ditempat kejadian.
Manakala teman wanitanya mengalami cedera ringan.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM untuk dibedah siasat.