“Kami meneliti bukti oleh Pegawai Penyiasat Jude Blacious Pereira, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.
“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam pertuduhan meliwat bekas pembantunya Moha Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, pendakwaan mendapati hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat kesilapan dalam keputusannya membebaskan Anwar pada 2012.
Hakim Mohd Zabidin semasa membebaskan Anwar, mendapati sampel bukti tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.
Hakim Balia berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara panel hakim.
Selain beliau, dua panel hakim Mahkamah Rayuan adalah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.
Karpal Singh yang mewakili Anwar ,67 kemudian memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.
Namun, ianya dibantah Ketua Pasukan Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana rayuan telahpun tertangguh.
Karpal membalas dengan berkata, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.
“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.
Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (menjatuhkan hukuman) sekarang.”
Hakim Balia kemudian memutuskan pihaknya menjatuhkan hukuman dalam masa satu jam.
Terdahulu, sebelum membaca keputusan Anwar bersalah, Hakim Balia menjelaskan, Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.
“Kami meneliti bukti oleh Pegawai Penyiasat Jude Blacious Pereira, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.
“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.
Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.
“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”
Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.
“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan” tegasnya.
Dengan keputusan itu, bermakna Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk mewakili PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.
Ekoran keputusan mahkamah itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar dan menutup jalan menuju Kompleks Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.
Kawasan utama perkarangan hadapan Istana Keadilan pula dikawal dan dilingkungi riben kuning polis.
Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah manakala kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan.
Kira-kira 50 lagi petugas media berada di luar mahkamah