GAMBARAN (PERSEPSI) ANWAR DAN PENYOKONG BELIAU SEBELUM HUKUMAN DIJATUHKAN
Sejak Mahkamah Rayuan memulakan prosiding kes Liwat II pagi tadi, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti ‘menyalak’ di laman twitternya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Badan Penghakiman dan barisan peguam Pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah.
Berikut adalah antara tweet yang di ‘retweet’ oleh Anwar sepanjang berlangsung prosiding kes ini. Untuk makluman, ‘Retweet
“@malaysianspring: A real kangaroo court today. Guilty until proven innocent according to Shafee. Only in Bolehland.”
“@lawyers4liberty: nothg demonstrates d tyranny of our criminal justice systm more than cases involvg anwar strange decisions become d norm”
“@lawyers4liberty: but at d end of day,d judiciary must have integrity, be independt & cmpetent to discharge role, defnd rights of accused”
“@GEanalyst: @anwaribrahim @lawyers4liberty umno decides. Shafee is just another tool.”
“@lawyers4liberty: Shafee is misleading court on basic legal principles like burden of proof! It’s for PP to prove beyond reasonable doubt”
@anwaribrahim Only in umnoland! Haha “@itcos_lac: @anwaribrahim Sperm can stay in anus for over 50 hours ?”
“@AinAEusoff: @chean_nasution Kalau bab nak kenakan DSAI, semua dah xda prosedur. Undg2 rimba! Be strong DS! We are with u! @Anwar4Kajang“
Namun apabila ditanya oleh pihak media, Anwar dengan pantas mengatakan, pihaknya yakin akan berjaya memenangi ke ini. Menurutnya penghujahan yang dikemukakan oleh Shafee mempunyai unsur politik dan tidak mengikut undang-undang kerana hanya mengulangi hujah lama dengan mengaitkan bukti lama (air mani).
“Dia hanya sebut mani, mani, mani untuk mengaibkan seseorang. Apa yang berlaku sekarang ini untuk kepentingan media Umno BN… InsyaAllah ada peluang untuk menang kes ini,” katanya.
Di dalam perkembangan yang sama, ahli parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin menuduh kerajaan sengaja menggunakan kes liwat ini untuk menghantar Anwar ke penjara sekali gus menamatkan karier politiknya.
“Sebaik sahaja Mahkamah Rayuan selesai mendengar semua hujah (pendakwaan dan pembelaan) pada Jumaat ini, keputusan penghakiman mungkin akan dibacakan pada hari Isnin petang. Iaitu sejurus selepas persidangan pembukaan parlimen pada sebelah pagi.
“Sekiranya Anwar di dapati bersalah, pihak peguam Anwar sudah tentu tidak akan mempunyai waktu yang cukup untuk membuat permohonan menangguhkan hukuman kerana ia mungkin telah melepasi masa pejabat. Disebabkan itu juga, Anwar akan dihantar terus ke penjara,” katanya.
Persoalannya ialah, pilihan raya kecil ini tiada kena mengena dengan BN mahupun Umno. #LangkahKajang ini adalah merupakan sebahagian dari perancangan strategi yang dilakukan oleh Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR.
Malah tindakan Anwar dan barisan peguamnya yang sering mengemukakan seribu satu alasan sebelum ini juga adalah merupakan punca utama kes ini sering tertangguh.
Adalah tidak masuk akal untuk menuduh BN/Umno sebagai dalang, sedangkan semua tindakan itu dilakukan oleh Anwar dan PKR yang jelas menggunakan PRK Kajang untuk melepaskan diri dari semua tuduhan pendakwaan.
Sekiranya benar Anwar merasakan dirinya tidak bersalah, dia sepatutnya berhadapan dengan semua tuduhan dengan cara ‘anak jantan’ dan bukannya menyalahkan semua pihak.
Kesimpulannya mudah, tindakan Anwar yang menghentam badan kehakiman dan barisan peguam pendakwaraya adalah bertujuan untuk mewujudkan persepsi kononnya perbicaraan ini berat sebelah.
Namun di masa yang sama kenyataan Anwar yang melahirkan keyakinan akan menang dalam kes ini, adalah bertujuan untuk memberikan gambaran seolah-olah, dirinya adalah mangsa konspirasi dan rancangan jahat sekiranya hakim memutuskan dia bersalah. Dengan cara itu, sudah pasti dia dapat mewujudkan sentimen kemarahan rakyat.
Nota : Menurut laman sosial Twitter, ‘retweet’ atau ‘RT’ bermaksud seseorang pengguna itu menghantar (posting) semula ‘tweet’ yang dihantar oleh lain agar ia dapat dikongsi kan dengan semua pengikut ‘followers’. Atau dalam bahasa mudah, bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain.