Maklumat yang diperolehi setakat ini oleh orang awam:
- Pesawat Berlepas dari KLIA ke Beijing jam 00.41 pagi
- Pesawat putus hubungan pada jam 02.40 pagi
- Tiada panggilan kecemasan
- Lokasi terakhir yang dikesan 120 batu nutika dari Kota Bharu.
- Putus hubungan ketika berada pada ketinggian 35,000 kaki.
- Keadaan cuaca di lokasi terakhir pewawt dalam keadaan baik.
Khabar angin mengatakan pesawat mendarat di Nanming –disahkan tidah benar
- Khabar angin bahawa pesawat mungkin mengalami bencana tidak dapat diterima kerana tiada amaran atau panggilan kecemasan dari Juruterbang
Maklumat kononnya Vietnam telah menemui isyarat kecemasan pesawat –disahkan tidah benar
- Kapal tentera laut Cina menyertai operasi mencari dan menyelamat
Tentera laut Vietnam mengesahkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut berhampiran Pulau Tho Chu- 14:30 Sidang Akhbar: Tiada bangkai pesawat ditemui serta tiada pengesahan nahas dilaut – Hishammudin
- 14:30 Sidang Akhbar: Tentera Laut Malaysia digerakkan untuk membantu dalam mencari dan menyelamat.
- 14:30 Sidang Akhbar: Semua Lapangan Terbang Malaysia beroperasi seperti biasa seperti dijadualkan.
- 16:30 Angkatan Tentera Filipina (AFP) telah menyertai operasi mencari dan menyelamat.
- 08:50 Tumpahan minyak sepanjang 12 batu dilihat antara sempadan Malaysia dan Vietnam, tanda awal kemungkinan kawasan MH370 hilang di laut – Vietnam Civil Aviation
Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing telah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara di 2:40 pagi ini.
Penerbangan 0:41 yang meninggalkan KLIA dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pihak berkuasa telah mengaktifkan satu prosedur mencari dan menyelamat untuk pesawat yang hilang.