Operasi mencari dan menyelamat hari kedua, pesawat MH 370, mendapat petunjuk baru apabila siasatan awal ke atas rakaman radar tentera, menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat berkenaan melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik.
Menurut terminologi penerbangan, ‘air turn back’ adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.
Kemungkinan itu menyebabkan, operasi mencari dan menyelamat pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Tempoh kehilangan pesawat Boeing 777 200 kini memasuki jam ke 41.
Walaupun kawasan carian diperluaskan, pesawat berusia 11 tahun 10 bulan itu masih gagal ditemui.
Perkembangan itu menyaksikan kemungkinan berikut dalam perhatian pasukan mencari dan menyelamat.
TAN SRI RODZALI DAUD / PANGLIMA TUDM
“What we have done is look into the south recording what we have and we realise that there is possibility that the aircraft did turning back means they waiting for the flight path, at this stage we trying collaborate with the civil radar with other international agency and with these collaboration we can get better picture”.
Berikutan itu juga kawasan pencarian turut diperluas ke pantai barat Semenanjung berbanding dari hanya di Laut China Selatan sebelum ini.
Jumlah keseluruhan aset yang digerak pula meningkat kepada 22 pesawat dan 40 kapal.
Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370