Beribu-ribu orang dari seluruh dunia kini membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang menggunakan imej satelit.
Kehilangan jet Malaysia Airlines adalah salah satu misteri besar penerbangan, tetapi kini anda boleh membantu usaha menyelesaikannya.
Penerbangan Malaysia Airlines 370 hilang dari radar kawalan trafik udara tanpa jejak pada hari Sabtu.
Sejak itu, pakar-pakar penerbangan yang terbaik di dunia telah cuba untuk menjejaki lokasi pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Bagaimanapun, sekarang ini beribu-ribu orang dari seluruh dunia membantu dengan usaha carian dari keselesaan rumah mereka sendiri.
Firma Amerika Syarikat, DigitalGlobe telah memuat naik imej satelit terperinci kawasan carian ke laman webnya.
Ia kini meminta orang ramai untuk bersama-sama untuk mengkaji imej dalam usaha untuk mengesan kapal terbang.
Bercakap kepada KMGH, Luke Barrington daripada DigitalGlobe berkata: “Ini adalah masalah mencari didalam rumput kering, kecuali rumput kering itu di tengah-tengah lautan.”
“Saya akan meminta anda untuk menandakan apa-apa yang kelihatan berkaitan, apa-apa tanda-tanda bangkai atau rakit penyelamat.”
Imej DigitalGlobe ini telah diambil dari 400 batu di atas Teluk Thailand tetapi begitu canggih kerana boleh mengambil imej majlumat terkecil di dalam lautan.
Teknik melibatkan orang ramai untuk mengumpul maklumat seperti ini dikenali sebagai “crowdsourcing”.
Laman web firma ini mengalami kesesakan talian hari ini kerana begitu ramai orang dari seluruh dunia cuba untuk membantu.
Encik Barrington menambah: “Dalam banyak kes, kawasan yang diliputi ialah begitu besar, atau perkara-perkara yang kita cari adalah begitu sukar untuk mencari, tanpa bantuan beratus-ratus ribu orang dalam talian, kita tidak akan dapat mencari.”
Carian untuk penerbangan yang hilang kini pada hari keempat dengan parameter carian diperluaskan lagi.
Penerbangan ini dianggap telah hilang di luar pantai Vietnam selepas putus hubungan dengan pengawal trafik udara
KLIK sini untuk membantu pencarian
http://www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014?source=malaysia