Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.
Australia pada pagi Khamis mengumumkan telah menemui objek sepanjang 24 meter yang kemudian dikaitkan dengan kemungkinan pesawat MH370.