Ramai yang merasakan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengekalkan penguasaan PKR di Kajang. Ini kerana dengan sokongan padu dari masyarakat Cina yang memihak kepada pakatan rakyat di tambah dengan imej lembut yang ditonjolkan oleh Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim itu sudah pasti akan menang berjaya menang dengan bergaya.
Namun selagi belum dibuktikan dengan pengiraan undi, semua pendapat tersebut hanya kekal sebagai teori semata-mata. Ini kerana di dalam pilihanraya adakalanya ia boleh berubah dalam sekelip mata.
Sebagai contoh, sebelum ini ramai yang merasakan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) adalah merupakan sau gabungan yang kuat dan musahil untuk dikalahkan. Namun keputusan pilihanraya umum ke-12 dan ke-13 membuktikan sebaliknya.
Disebabkan beberapa faktor dan kelemahan yng ditunjukkan oleh BN/Umno, pakatan rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa kerusi sekaligus menindakkan majoriti dua pertiga parti pemerintah.
Atas sebab itu juga, perkara yang sama juga tidak mustahil berlaku kepada Wan Azizah. Ini kerana apabila diteliti dari semua sudut, Wan Azizah sebenarnya berdepan dengan laluan yang sukar.
Sebagai contoh tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah. Ini kerana, selain mempermainkan proses demokrasi, ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik rakyat terlibat dalam kancah perebutan kuasa di dalam parti itu.
Tambahan pula parti itu pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama Azizah tewas pada PRK itu nanti.
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, juga boleh menyebabkan Azizah tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
Di tambah dengan faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Azizah. Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.
Track record Azizah yang pernah bertanding di kerusi parlimen Pematang Pauh bagi mengantikan Anwar juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Ini kerana walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat, namun Azizah akhirnya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen semata-mata untuk membolehkan suaminya bertanding.
Kesimpulannya tindakan PKR yang suka mempermainkan amanah rakyat khususnya pengundi akan menyebabkan parti itu tersungkur di Kajang