Perancis dilaporkan telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi menerusi imej yang dirakam satelitnya.
Perkara itu didedahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada Ahad selepas tiada sidang media diadakan berhubung misteri kehilangan MH370.
Imej tersebut dilaporkan telah dihantar kepada pusat penyelarasan Australia yang terlibat dalam operasi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, kementerian itu tidak memberi butiran lanjut tentang imej satelit yang diperoleh setakat ini.